ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Spesifikasi Toyota Vios 2023 Didedahkan – 2 Varian, Harga Dari RM90K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Akhirnya, kita dapat melihat dengan lebih jelas dan mengetahui secara lebih terperinci mengenai sedan Toyota Vios generasi ke-4 yang telah diperlihatkan dalam beberapa imej acah awal minggu ini. Selain pendedahan spesifikasi utamanya, Toyota turut mempamerkan harga tentatif bagi sedan ini iaitu antara  RM90,000 ke RM96,000.




Buat masa ini, model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu varian asas, E dan varian lebih tinggi, G, bermakna varian paling rendah, J dan varian sporty, GR Sport yang pernah ditawarkan dulu kini tiada. Namun berkemungkinan besar, varian ini akan diperkenalkan pada masa akan datang. 


Baca: Toyota GR Corolla, Toyota GR Supra Manual, GR 86 Kini Rasmi Di M'sia!


Selebriti, Sean Lee, bersama Toyota Vios 2023 dalam satu perkongsian yang dibuat di

Instagram awal minggu ini


Selain itu, varian hibrid petrol-elektrik juga tidak ditawarkan sebagai pilihan untuk Toyota Vios kali ini walaupun terdapat khabar angin bahawa UMW Toyota merancang untuk menawarkan varian dengan trenkuasa tersebut. Tetapi tidak mustahil varian ini akan turut diperkenalkan pada masa akan datang.


SPESIFIKASINYA DIDEDAHKAN


Berdasarkan risalah produk yang dikongsikan, sedan yang dibangunkan berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) ini dikatakan akan dilengkapi rim aloi bersaiz 17 inci, dijangka untuk varian yang tertinggi, G. 




Selain itu risalah tersebut turut mendedahkn bahawa Vios ini turut didatangkan dengan pendingin udara di bahagian tempat duduk belakang – ditawarkan buat pertama kalinya bagi model ini – serta brek parkir elektronik (EPB) dengan brek pegun automatik (AHB). Model ini turut didatangkan dengan skrin infotainmen bersaiz 9 inci yang hadir dengan ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar dan juga fungsi pandangan keliling panoramik 3D. 


Baca: Berminat Dengan Corolla Cross GR Sport? Harga RM142K


Toyota Vios dikenali sebagai Toyota Yaris Ativ di pasaran Thailand. Foto menunjukkan model tahun 2022


Untuk enjinnya, Vios 2023 kekal menggunakan enjin sama iaitu petrol 1.5L 4 silinder Dual VVT-i bersama transmisi CVT tujuh kelajuan, namun kali ini pengguna dapat memilih mod pemanduan (Power, Eco, Normal) mengikut kesesuaian penggunaan.


CIRI KESELAMATAN TOYOTA VIOS 2023


Sebagai sebuah model yang dibina berdasarkan platform DNGA, tahap keselamatannya kali ini adalah lebih baik. Vios 2023 dikatakan bakal hadir dengan ciri keselamatan berikut:

  • Pencegah keluar lorong

  • Amaran keluar lorong

  • Makluman pelepasan hadapan

  • Sistem pra-pelanggaran

  • Kawalan kekal lorong

  • Kawalan jelajah adaptif

  • Lampu suluh tinggi automatik


WARNA TOYOTA VIOS 2023 


Lima pilihan warna ditawarkan iaitu:

  • Silver Metallic

  • Nebula Blue Metallic

  • Spicy Scarlet SE

  • Attitude Black

  • Platinum White Pearl



HARGA TOYOTA VIOS 2023


Dua varian ditawarkan iaitu varian E pada harga tentatif RM90,000 dan varian G pada harga tentatif RM96,000. 


Pembelian didatangkan dengan waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun, 24SEVEN Road Assist dan juga langganan percuma Toyota Vehicle Telematics System selama 3 tahun. 


Jom kita lihat imej acah terbaharu yang telah didedahkan Toyota:








Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN8297

SELANGOR

BST4507

JOHOR

JD6041J

PULAU PINANG

PSF3293

PERAK

APL2531

PAHANG

CFH6254

KEDAH

KGH8707

NEGERI SEMBILAN

NEL6915

KOTA KINABALU

SJT9017

KUCHING

QAB5172P

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-04-2025
Gaya Hidup

16-06-2024
Berita Auto

23-03-2024
EV

22-02-2024
Global

09-02-2024
Berita Auto

30-01-2024
EV

18-01-2024
Berita Auto

22-12-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.