- Berita
- Berita Auto
- Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam, Penghubung Bas, MRT, LRT, Monorel – Anthony Loke
Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam, Penghubung Bas, MRT, LRT, Monorel – Anthony Loke
-full_normal.jpg)
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke
Terminal Titiwangsa bakal dibangunkan untuk menjalani transformasi besar-besaran sebagai hab utama pengangkutan awam yang menghubungkan pelbagai mod pengangkutan di kawasan Lembah Klang.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, terminal ini akan dibangunkan berdasarkan konsep model Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) yang “menghubungkan perkhidmatan bas, Monorel KL, transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang dan Seri Petaling serta Transit Aliran Massa (MRT) Dua dan Tiga,” lapor Berita Harian.

MRT (Foto: Yusof Mat Isa Malay Mail)
Stesen Titiwangsa dipilih kerana faktor keterhubungan dan keluasan kawasan selain kedudukannya yang terletak berdekatan dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
MOD PENGANGKUTAN LAIN TURUT DIPERTIMBANGKAN
Jelas Anthony, projek ini akan dibangunkan secara berperingkat dan akan mempertimbangkan mod pengangkutan awam lain yang dapat melancarkan ketersambungan batuan pertama dan akhir, tidak hanya bergantung kepada bas pengantara, “Kementerian ketika ini sedang melihat pendekatan lain termasuk kerjasama dengan teksi dan syarikat e-hailing bagi menyelesaikan isu ketersambungan batuan pertama dan akhir.

Syarikat e-hailing, Grab
"Antara cadangannya ialah projek rintis bagi memperkenalkan konsep 'ride sharing' kepada syarikat e-hailing bagi memastikan perjalanan dari rumah ke stesen dapat dioptimumkan dengan kadar tambang lebih murah," katanya sempena lawatan kerja ke MRT Laluan Putrajaya.
PENGGUNAAN KENDERAAN MIKROMOBILITI DIBENARKAN
Beliau turut menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kenderaan mikromobiliti sebagai salah satu penyelesaian kepada masalah ketersambungan batuan pertama dan akhir dalam kalangan pengguna perkhidmatan awam.

Penggunaan kenderaan mikromobiliti patut dibenarkan untuk memudahkan penggunan pengangkutan awam (Foto: Bernama)
Bercakap mengenai perkara ini, beliau turut mengakut bahawa infrastruktur untuk kenderaan jenis ini perlu dibangunkan untuk memudahkan pengguna.
"Kita juga perlu membenarkan dan menggalakkan penggunaan kenderaan mikromibiliti kerana ketetapan terdahulu melarang penggunaannya di atas jalan raya," katanya.
Sumber: Berita Harian, Astro Awani
![]()
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9654
SELANGOR
BSR5766
JOHOR
JA2279J
PULAU PINANG
PSD7472
PERAK
APJ8039
PAHANG
CFH1523
KEDAH
KGH651
NEGERI SEMBILAN
NEK9076
KOTA KINABALU
SJT703
KUCHING
QAB1945P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dewan Rakyat: Lesen PSV E-Hailing Untuk OKU Turut Dibincang
Nampaknya, golongan OKU tidak diketepikan memandangkan dasar semasa tidak menghalang mereka menjadi pemandu e-hailing.
11-07-2024
Kes Masih Belum Selesai
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang p cuba menikam pemandu e-hailing telah dihadapkan di mahkamah semalam.
04-12-2023
Ada Berita Baik Buat Pemandu Teksi, e-hailing
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengesahkan pihaknya kini telah melanjutkan had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing kepada 15 tahun.
03-04-2023
Tambang Per Minit Grab Naik 215%! Ini Penjelasannya...
Grab Malaysia telah mengumumkan perubahan kadar tambang dan insentif baharu.
17-01-2023
Sadis! Mayat Pemandu Grab Ditemukan Dalam But Kereta
Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.
30-08-2022
Makin Ramai Guna Skuter Beam! Jadi Pengangkutan Pilihan Di Stesen Transit & Universiti
Beam Mobility Malaysia telah berjaya mengubah landskap pengangkutan awam negara.
24-05-2023
Medan Uji Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Dilancarkan MoT
Kementerian Pengangkutan (MoT) melancarkan Medan Uji Regulatori Negara untuk menguji penggunaan kenderaan mikromobiliti di negara ini.
14-03-2023
Berita Terkini
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat