UMW Toyota Motor Bakal Umum Sesuatu Esok? Nantikan..

Tiada sebarang hadiah ditawarkan untuk meneka selebriti mana yang digunakan untuk mempromosikan sedan kompak segmen B, Toyota Vios 2023 yang mungkin akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
Bagi yang tidak mengetahui mengenai susuk tubuh lelaki tampan ini, dia ialah Sean Lee yang merupakan seorang personaliti YouTube, pengacara dan pelakon lelaki yang sinonim dengan aksi komedi di Malaysia.
Namun sudah pastinya, pembaca bukannya ingin mengetahui mengenai pelakon ini sebaliknya jentera berwarna merah di belakangnya.

Beberapa imej Toyota Vios 2023 sudah pun bocor secara tidak sengaja di internet selepas mendapati Sean Lee berada dalam penggambaran komersial untuk mempromosikan Toyota Vios 2023.
Bagaimanapun, foto yang disiarkan oleh Sean Lee di halaman Instagramnya sudah pun dipadamkan.

Begitupun, imej itu dilihat lebih kurang dengan teaser 'Defy' yang didedahkan' baru-baru.
Ia direka untuk menjadi pejuang buat sedan segmen B baharu yang akan bersaing dengan Nissan Almera dan Honda City.
Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini juga, kami dapat membuat andaian bahawa Vios generasi baharu ini akan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA sama seperti Perodua Axia, Alza, Ativa dan Toyota Veloz baharu.

Buat masa ini, spesifikasi mekanikal menjadi topik hangat namun kami pasti ia berkemungkinan besar akan menerima enjin 1.5 liter 2NR-VE yang dipadankan dengan D-CVT.
Ada juga khabar angin yang sedang bertiup kencang bahawa UMW Toyota Motor akan menawarkan pilihan hibrid untuk model Toyota Vios 2023 ini.
Walaupun kami belum mempunyai angka yang tepat, kami boleh menjangkakan Vios baharu akan menerima saiz yang lebar besar berbanding pendahulunya.
Berdasarkan foto yang bocor itu, kita boleh melihat bahawa Vios baharu ini sarat dengan ciri premium untuk dipadankan dengan gayanya yang kini seperti fastback.
Selain itu, roda aloinya didatangkan dengan dua tona sporty, lampu hadapan, belakang jenis LED dan terdapat juga lampu nyalaan siang.
Beberapa ciri penambahbaikan dilihat akan dilakukan termasuk menawarkan bantuan pemandu aktif/separa autonomi (ADAS) seperti maklumat dan amaran titik buta (BSM), amaran pelanggaran hadapan (FCW) dan brek kecemasan autonomi (AEB), serta amaran keluar lorong (LDW) dan sistem bantu kekal laluan (LKAS).
Apapun kita tunggu pengumuman rasmi UMW Toyota Motor yang mungkin akan dibuat pada hari esok!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7674
SELANGOR
BSR5436
JOHOR
JA1279J
PULAU PINANG
PSD7162
PERAK
APJ7664
PAHANG
CFH1435
KEDAH
KGH286
NEGERI SEMBILAN
NEK8940
KOTA KINABALU
SJT413
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 13 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris
UMWT terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025.
12-04-2025
Hilux Wide Tread, Garang, Lasak, Harga Pun Keras
Toyota Motor Thailand melancarkan satu lagi varian terbaharunya, Hilux Revo GR Sport Wide Tread.
21-03-2024
Jangan Bimbang, UMW Toyota Jamin Ketelusan
Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memberi menjamin kepada para pelanggannya bahawa pihaknya cukup komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus.
22-12-2023
Previu Toyota bZ4X: SUV Elektrik Bergaya Sporty, Capai 500 KM!
UMWT telah mempamerkan satu daripada enam unit Toyota bZ4X yang dibawa masuk ke Malaysia.
12-05-2023
Toyota Makin Laku, Jangan Risau Jika Nak Tempah Vios
Jualan UMW Toyota meningkat pada bulan lalu berbanding bulan sama 2022.
08-05-2023
Berita Terkini
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat