UMW Toyota Siar Video Teaser Defy, Mungkin Vios Bakal Dilancar
Jika anda masih ingat UMT Toyota Motor baru sahaja melancarkan lima model terbaharunya dimana dua daripadanya adalah model GR Sport dalam satu acara yang diadakan di Sepang pada minggu lepas.
Biarpun baru sahaja melancarkan lima model, namun ia tidak menjadi penghalang buat syarikat itu daripada melancarkan satu lagi model terbaharunya.
Ini kerana selepas membelek halaman rasmi Facebook UMW Toyota sebentar tadi, nampaknya Toyota bakar “line” lagi pasaran automotif tempatan apabila ia menyiarkan video teaser bertajuk “Defy”.
Antara perkataan yang tertera dalam video itu adalah "Defy Perceptions" (menentang persepsi), "Defy Limits "(menentang had), "Defy Norm" (menentang norma) dan "Defy the limits of where your journey starts and ends" (menentang had di mana perjalanan anda bermula dan berakhir).
Untuk makluman, tema Defy pernah digunakan untuk pelancaran Toyota Camry dan ada juga kemungkinan ia merujuk kepada Vios.


Vios generasi keempat telah didedahkan di Thailand pada tahun lalu tetapi di negara itu, Vios dikenali sebagai Yaris Ativ .
Apa yang pasti, Toyota Vios akan dibina berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) iaitu platform yang sama dengan Perodua Ativa, Alza 2022 dan Axia 2023.


Apa yang masih menjadi topik hangat untuk diperdebatkan ialah rangkaian trenkuasa yang mungkin ditawarkan Toyota untuk Vios baharu ini di Malaysia.
Pastinya ia akan menggunakan enjin 1.5L Dual VVT-i dimana ia mampu menghamburkan kuasa 105 hp dan tork 138 Nm.

Ia dilihat mampu menghasilkan kuasa sama seperti Perodua Alza. Selain bahagian kabinnya juga kelihatan sama dengan model Perodua dimana adanya skrin sentuh, kamera parkir 360 darjah, kemasukan kunci dan banyak lagi.
Apapun, Vios baharu ini bakal bersaing dengan pesaing utamanya iaitu Honda City generasi kelima dan Nissan Almera baharu.
Buat masa ini, tiada sebarang perincian berhubung video Defy itu sehingga UMW Toyota Motor melancarkan jentera baharunya secara rasmi pada Jumaat ini.
Teruskan bersama CariCarz.com...
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.
09-02-2026
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.
29-01-2026
Jualan Kereta Toyota Dari Jan-Nov 2025 Catat 88,133 Unit
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kereta sebanyak 88,133 unit dalam tempoh 11 bulan ini .
05-12-2025
Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah
Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.
15-10-2025
Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.
06-10-2025
5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah
Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.
09-09-2025
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
Berita Terkini
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat