Volvo Cars Umum Prestasi Jualan & Operasi 2022, Pendapatan Tertinggi Dalam Sejarah

Volvo Cars baru-baru ini telah melaporkan keuntungan operasi yang termasuk usaha sama dan syarikat bersekutu yang sebanyak 22.3 bilion Swedish krona (SEK) dengan margin keuntungan 6.8% sepanjang tahun 2022. Syarikat berjaya membuat pencapaian cemerlang tersebut walaupun industri berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti masalah bekalan, penutupan di China serta kenaikan harga bahan dan kos logistik tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Jim Rowan berkata, “Kami telah mengharungi pelbagai cabaran besar dan mengalami kemajuan yang ketara dalam usaha mencapai cita-cita strategik kami pada tahun 2022. Pencapaian ini seiring dengan perjalanan kami untuk menjadi sebuah syarikat kereta elektrik yang sepenuhnya menjelang penghujung dekad ini serta misi kami untuk menjadi neutral iklim menjelang tahun 2040.”
Baca: Volvo Akan Perkenal 6 EV Baharu Sebelum Tahun 2027
Tahun lalu, penjualan kereta elektrik Volvo meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, 11% daripadanya disumbangkan oleh kereta elektrik sepenuhnya, berbanding 4% pada tahun 2021. Pada suku keempat, penjualan kereta elektrik sepenuhnya merekodkan mata tertinggi pada 18%, berbanding 6% tempoh sama tahun lalu.
Jualan kereta Rechange yang termasuk kereta elektrik sepenuhnya dan hibrid plug-in juga kukuh dengan syer 33% tahun 2022, dan 41% pada suku keempat.

Sepanjang tiga bulan terakhir tahun lalu juga, Volvo Cars mencatatkan prestasi membanggakan untuk pasaran di Brazil, Uruguay, Thailand, dan Indonesia. Pasaran-pasaran ini mencapai syer jualan untuk Recharge sebanyak 100% semasa suku keempat, diikuti oleh Norway sebanyak 98%, Ireland dengan 91% dan Sweden dengan 89%.
Baca: EV Terkecil & Termurah Volvo, EX30, Bakal Diperkenalkan Jun 2023, Sasar Golongan Muda
Secara keseluruhannya, Volvo Cars mencatatkan pendapatan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 330.1 bilion SEK. Antara faktor pencapaian tersebut ialah campuran produk yang lebih baik, realisasi harga kereta yang lebih tinggi, kadar pertukaran asing, dan pembuatan kontrak dengan Polestar.
Dalam aspek operasi, pada tahun 2022, EBIT termasuk JV dan syarikat-syarikat bersekutu mencapai 17.9 bilion SEK, turun 15.7% berbanding 2021. Margin EBIT untuk sepanjang tahun tersebut kekal pada 5.4%.
Walaupun dengan campuran produk yang menarik dan harga yang kukuh, prestasi EBIT terkesan oleh kekurangan volum yang disebabkan oleh kekangan pengeluaran, peningkatan kos bahan mentah dan pengangkutan, serta pembelian semikonduktor secara langsung.
Untuk tahun 2023, syarikat tersebut menjangkakan harga bahan mentah, terutamanya litium, akan kekal pada harga tinggi dan pembelian semikonduktor secara langsung masih akan diteruskan.
EBIT termasuk JV dan syarikat-syarikat bersekutu mendapati sebanyak 22.3 bilion SEK untuk tahun tersebut, meningkat 10% berbanding 2021. Hal ini menyaksikan margin EBIT mencapai 6.8% untuk tahun tersebut. EBIT yang lebih tinggi pada tahun 2022 ini disebabkan oleh kesan perakaunan pegangan saham Volvo Cars dalam Polestar berikutan penyenaraian mereka di Bursa Saham Nasdaq di New York tahun lepas.
Pengeluaran Volvo Cars menunjukkan pertumbuhan yang baik memasuki separuh kedua tahun lalu, lebih-lebih lagi pada suku keempat. Sepanjang enam bulan terakhir 2022, pembuatan meningkat sebanyak 15% berbanding di separuh pertama kerana keadaan bekalan yang bertambah baik.

Jumlah langganan aktif meningkat sebanyak 49% pada penghujung 2022 berbanding tahun lepas. Untuk sepanjang tahun 2022, jualan dalam talian meningkat 17% berbanding 2021 disumbangkan oleh permintaan yang semakin bertambah dan juga tawaran yang semakin pelbagai.
Momentum penjualan yang kukuh bagi barisan kereta elektrik sepenuhnya dan hibrid plug-in Recharge telah menyumbang kepada pengurangan CO2 pada setiap kereta sebanyak 15%, berbanding dengan penanda aras pada tahun 2018. Rekod pengurangan ini menyokong cita-cita pertengahan dekad Volvo Cars untuk mengurangkan kadar pelepasan CO2 pada setiap kereta sebanyak 40%.

Baca: Volvo Akan Perkenal 6 EV Baharu Sebelum Tahun 2027
Baca: SAH: Volvo Car Malaysia Akan Eksport Kereta EV Ke Filipina, Vietnam
Baca: Volvo C40 Recharge Pure Electric, 408hp, 660nm, harga RM 288,888
Baca: EV Terkecil & Termurah Volvo, EX30, Bakal Diperkenalkan Jun 2023, Sasar Golongan Muda
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4902
SELANGOR
BSR6718
JOHOR
JA4418J
PULAU PINANG
PSD8749
PERAK
APJ9263
PAHANG
CFH1897
KEDAH
KGH1430
NEGERI SEMBILAN
NEK9535
KOTA KINABALU
SJT1341
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volvo Cars Perkenal Tali Pinggang Keledar Multi Adaptif pertama di dunia Untuk Volvo EX60
Volvo Cars bakal memperkenalkan teknologi pertama di dunia, tali pinggang keledar multi-adaptif yang akan disediakan dalam model Volvo EX60, mulai tahun depan nanti.
05-06-2025
Volvo Cars Buang 3,000 Pekerja, Pasaran EV Terlalu Sengit
Volvo Cars mengumumkan bahawa syarikatnya bakal mengurangkan kos operasi dengan merancang pemotongan kira-kira 3,000 jawatan pentadbiran.
27-05-2025
Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road
Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?
11-02-2025
Volvo Bakal Lancar 5 Model Kereta Tahun Ini, EX60 Tahun Depan
Volvo dedah pelan hala tuju produk Volvo bagi tahun 2025, yang menyaksikan sekurang-kurangnya lima model baharu bakal diperkenalkan.
10-02-2025
Volvo Batal Hasrat Jadi Jenama EV 100% Menjelang 2030, Ini Sebabnya...
Jenama automotif Sweden, Volvo Cars, mengumumkan bahawa ia telah membatalkan sasaran asalnya untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.
05-09-2024
Volvo C40 Recharge Dikemaskini – Bateri Lebih Berkuasa, Jarak Lebih Jauh
Volvo C40 Recharge yang telah diperbaharui bagi tahun 2024 kini sudah boleh ditempah.
29-02-2024
Volvo Henti Bantu Polestar Bangunkan Kereta Sports Elektrik – Tindakan Bijak?
Volvo Cars mengumumkan keputusannya untuk menghentikan sokongan kewangan kepada Polestar Automotive Holding.
02-02-2024
Volvo Tamatkan Pengeluaran Kenderaan Diesel pada 2024
Volvo mengumumkan pada Minggu Iklim New York untuk menamatkan pengeluaran semua model kenderaan berkuasa diesel menjelang awal 2024.
19-12-2023
Berita Terkini
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW
Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.
17-07-2026
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat