- Berita
- Berita Auto
- Art of Speed 2023 Bakal Berlangsung Di MAEPS Pada 29-30 Julai Nanti, Ini Senarai Aktiviti
Art of Speed 2023 Bakal Berlangsung Di MAEPS Pada 29-30 Julai Nanti, Ini Senarai Aktiviti

Acara Kustom & Counter Culture terbesar Malaysia, Art of Speed, kembali menggegarkan negara pada tahun ini dengan lebih banyak acara menarik.
Art of Speed edisi tahun 2023 (AOS 2023) akan berlangsung pada 29 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 30 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) ini di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).

Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM), En. Asep Ahmad Iskandar berucap semasa sidang media yang diadakan hari ini
Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM), En. Asep Ahmad Iskandar berkata, “Sejak penubuhannya, Art of Speed Malaysia telah berjaya menjadi pelopor perhimpunan besar bukan sahaja untuk peminat motosikal dan kereta, tetapi juga pengamal seni, pemuzik, pengumpul dan seumpamanya, dan terus mendominasi dalam acara tahunan yang berskala besar.”
AKTIVITI SEPANJANG ACARA ART OF SPEED 2023
Kali ini acara AOS 2023 dimeriahkan dengan pelbagai lagi aktiviti dan pameran menarik yang dapat memukau pengunjung yang datang bersama keluarga. Berikut adalah senarai aktiviti terbaharu yang bakal diadakan:
Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally”: Pertunjukan aksi motosikal oleh penunggang profesional serta tunggangan mega dan perhimpunan pelbagai kumpulan motosikal dari seluruh Malaysia.
Hot Wheels Collector Convention: Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy & Sell, dan banyak lagi. Turut diadakan, percubaan memecahkan rekod untuk pembuatan Hot Wheels terbesar di Malaysia.
Hot Wheels Legends Tour: Pertandingan rasmi di Malaysia akan diadakan pada hari Ahad ketika berlangsungnya AOS 2023, menampilkan juri-juri tempatan dan antarabangsa untuk memilih johan yang akan mewakili Malaysia di pentas dunia. Pendaftaran untuk Jelajah Hot Wheels Legends akan diadakan di AOS 2023.

Aktiviti menarik lain:
Pesta NEAT: Paparan kolektif kereta bermodifikasi yang dipilih dari seluruh Malaysia.
Off The Grid: "Gaya hidup outdoor" yang diadakan di ruangan tertutup dengan keselesaan hawa dingin serta banyak lagi aktiviti di atas dan luar pentas untuk dinikmati seisi keluarga.
Hail Vintage: Pameran koleksi vintaj bertema muzik yang menampilkan koleksi muzik, barangan dan memorabilia yang paling jarang ditemui.
Kustom & Koffee Talk: Forum ini akan membincangkan trend terkini dalam industri pengayuhan basikal dan automobil.
Show & Shine: Pameran kereta yang telah diubah suai dan motosikal bermodifikasi terbaik dengan peluang memenangi Best of Show iaitu lawatan ke The 31st Annual Yokohama Hot Rod Custom Show yang akan diadakan pada Disember 2023 nanti.
Roda Rumble 2023 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang anjurkan oleh Retro Mania
La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
Streetware Con - pelbagai vendor fesyen streetwear di Dewan D
Pinup Pageant oleh Cherrybomb Pinup Parlour
Vendor makanan Food Park dengan kawasan berbumbung untuk laluan ke Food & Beverage basement/underground di tingkat DG
Automotive Flea Market
Pelancaran produk di pentas
Test Ride Zone untuk motosikal (Ducati, Royal Alloy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson dan lain-lain)
Turut akan diadakan bagi memeriahkan lagi suasana ialah SoundCircus Festival dengan barisan persembahan yang akan diumumkan tidak lama lagi. Namun, festival ini hanya untuk mereka berumur 16 tahun dan ke atas.
BARISAN TETAMU KOMUNITI KUSTOM & MEDIA ANTARABANGSA
Shige Suganuma, Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun
Cycle Zombies; Amerika Syarikat
V-Twin Visionary; Amerika Syarikat
Wild Road Choppers; Jepun
Cosmic Chopper City; Jepun
Geoff dari Return of Cafe Racer; Amerika Syarikat
Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com; Jepun
Side Yakotani; Jepun
Hopping Shower; Jepun
Boopin; Jepun
Ken Flat Top; Jepun
Jetwrench_artstudio; Jepun
Vondutch; Indonesia
Ya Seat; Thailand
INFORMASI PENTING ACARA ART OF SPEED 2023
Lokasi: Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).
Tarikh: 29 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 30 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam)
Harga tiket:
Pas hujung minggu: RM35.00
Pas Speed Lane: RM60.00
Kemasukan Percuma: Kanak-kanak bawah 12 tahun & pemegang pas OKU
Pas Kombo SoundCircus Festival + Hujung Minggu akan diumumkan
Untuk permohonan Vendor & Korporat, anda boleh menghubungi Rafiq di talian +6012 2620 405. Maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge