ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Baru Dilancarkan Semalam, Mazda CX-30 Versi CKD Terima 1,000 Tempahan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Mazda CX-30 versi CKD yang dilancarkan semalam telah mencecah 1,000 tempahan, umum Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Datuk Ben Yeoh, semasa majlis pelancaran SUV tersebut.


Sebelum pelancaran model CKD ini dibuat secara rasmi, Bermaz telah pun membuka tempahannya sejak 16 Februari lalu melalui pengedar sah. 


“Pasaran untuk segmen CX-30 sedang menunjukkan perkembangan, dan kami begitu tertarik dengan segmen ini,” Datuk Ben berkata demikian semasa mengulas mengenai penerimaan terhadap model yang menerima tempahan tinggi ini. 






Selain itu, beliau turut mengesahkan bahawa pelanggan yang masih belum menerima CX-30 versi CBU yang ditempah sebelum ini akan menerima CX-30 versi CKD. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, model yang dipasang di dalam negara ini jauh lebih murah dengan penurunan harga sehingga 13% walaupun hadir dengan ciri yang hampir menyerupai versi CBU. 


Baca: Pelancaran Mazda CX-30 Versi CKD – 2WD, Harga Dari RM128K


Sewaktu sidang media tersebut, Datuk Ben turut menjawab persoalan mengenai bilangan tempahan yang masih belum dipenuhi syarikat. Tidak termasuk CX-30, Datuk Ben mendedahkan bahawa buat masa ini sebanyak 6,000 unit masih diproses, dengan tambahan tempahan CX-30 sebanyak 1,000 unit, menjadikan jumlah keseluruhannya 7,000 unit.


 


“Daripada jumlah keseluruhan 7,000 unit, kira-kira 3,000 unit daripada tempahan tersebut dibuat semasa tempoh skim pengecualian cukai Penjana,” kata Datuk Ben. 


Mewakili Bermaz, beliau yakin syarikat tersebut mampu memenuhi semua tempahan dalam tempoh waktu yang dijangkakan pelanggan. 


“CX-30 sedang mengumpulkan banyak tempahan awal selain menerima tumpuan pasaran, Mazda CX-5 pula adalah produk yang laris walaupun jumlahnya lebih rendah, dan CX-8 dengan 7 tempat duduk telah terbukti sebagai produk yang menarik ramai pelanggan,” tambah Datuk Ben lagi.


Baca: Generasi Baharu Mazda MX-5 Bakal Muncul, Namun Tidak Bagi CX-5?


Turut didedahkan, Bermaz menetapkan sasaran eksport tahunannya sebanyak kira-kira 30% atau 78,000 unit bagi model yang dikeluarkan daripada kilang pemasangannya yang bertempat di Inokom, Kulim, Kedah.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-01-2026
Global

29-10-2025
Kereta Baru

02-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Pandu Uji

07-09-2025
Berita Auto

03-09-2025
Kereta Baru

03-09-2025
Kereta Baru

03-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.