ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

{DEWAN RAKYAT} Kerajaan Sasar 1.5 Juta EV Dalam Negara Menjelang Tahun 2040

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sejak kebelakangan ini, kebanyakan pembuat kereta melancarkan kenderaan elektrik untuk pasaran tempatan.

Malah, semakin ramai rakyat Malaysia yang sudah mula beralih ke arah EV biarpun stesen pengecas EV masih rendah iaitu kurang daripada 1,000 stesen yang direkodkan di seluruh negara.

Apapun disebalik kekurangan itu, ia tidak menghalang kerajaan untuk meletakkan sasaran bahawa sebanyak 1.5 juta EV akan berada di negara ini menjelang tahun 2040.


Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) di Dewan Rakyat semalam.

Menurutnya, kerajaan meletakkan sasaran itu kerana berlakunya 'penghijrahan' bagi infrastruktur EV di peringkat global, dimana ia membabitkan pertukaran kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang menggunakan petrol kepada EV.

“Kita merasakan dengan adanya tekanan daripada negara-negara maju untuk 'berhijrah' ke kenderaan elektrik, maka kita perlu lebih bersedia.

"Atas dasar itu, ia juga tergambar (berkait) dengan sasaran-sasaran tentang (pembinaan) stesen pengecasan, yang dibina oleh misalnya Gentari Sdn Bhd (Gentari), Tenaga Nasional dan juga pihak swasta seluruh negara dalam usaha membantu usaha eletrifikasi berkenaan," katanya.

Untuk pengetahuan anda, sasaran baharu itu juga meningkat berbanding sasaran yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) sebelum ini, iaitu sejumlah 90,000 kenderaan EV pada 2040.


Apapun, diharapkan kerajaan menyegerakan pemasangan pengecas EV di seluruh negara bagi menggalakkan lagi pembelian EV.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF9541

SELANGOR

BSR5747

JOHOR

JA2203J

PULAU PINANG

PSD7450

PERAK

APJ8023

PAHANG

CFH1520

KEDAH

KGH637

NEGERI SEMBILAN

NEK9073

KOTA KINABALU

SJT671

KUCHING

QAB1917P

Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Isu Mat Rempit: Kerajaan Sedang Kaji Laksana Hukuman Berat!

Kerajaan sedang mengkaji langkah memperkenalkan hukuman lebih berat terhadap kesalahan aksi berbahaya dan lumba haram.

12-12-2024
Berita Auto

MotoGP: Henti Guna Wanita Seksi Colok Mata

KBS diminta menghentikan amalan memperagakan model wanita berpakaian mencolok mata dalam acara sukan permotoran, Kejuaraan Motosikal Dunia di Sepang.

27-11-2024
Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95 - Tanggungan Keluarga, Status Pekerjaan Diambil Kira

Tanggungan dalam keluarga serta status pekerjaan akan turut diambil kira dalam memutuskan kriteria penyaluran subsidi RON95.

19-11-2024
Berita Auto

Dewan Rakyat Cemas, Menteri Sukar Bernafas

Sesi jawab lisan pertama cemas seketika di Dewan Rakyat, pagi tadi.

10-07-2024
Berita Auto

Punca Kemalangan: Cuai, Pandu Lebihi Had Laju

Daripada 652 kes itu, 287 kes maut, 95 parah dan 270 cedera ringan.

24-06-2024
Berita Auto

Tiada Sebarang Cadangan Untuk Naikkan Had Laju.

Had laju di negara ini dikekalkan.

20-03-2024
Berita Auto

Ramai Keliru Tentang SMARTLANE, Sebab Papan Tanda Kecil Sangat

Betul ramai yang keliru sebab papan tanda SmartLane kecil sangat.

12-03-2024
Berita Auto

Rakyat Lemas Dalam Trafik

Secara purata, setiap penduduk Lembah Klang terpaksa menghabiskan masa lebih 500 jam di dalam kenderaan.

11-03-2024

Berita Terkini

EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.