Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K
Sumber imej: Facebook
Satu tangkap layar yang kelihatan seperti paparan pembentangan oleh (mungkin) pengedar tempatan tular di media sosial minggu ini. Imej itu menunjukkan senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat.
Harga baharu ini dijangka akan berkuatkuasa esok (1 April, 2023). Paparan tersebut turut mendedahkan kemungkinan penaiktarafan beberapa model terutamanya model CBU Mazda, sub-kompak, Mazda 2, segmen C, Mazda 3 dan sedan segmen D, Mazda 6. Menurut sumbar dalaman, tulisan 'New IPM' pada ketiga-tiga model ini membawa maksud 'peningkatan kecil' yang bermaksud model ini akan diberikan kemaskini.



Atas: Mazda 3 dan Mazda 2 mengalami kenaikan harga sebanyak RM10,200
Mazda 2 yang dihasilkan di kilang yang bertempat di Thailand dan juga Mazda 3 dari negara Jepun, menunjukkan kenaikan harga sebanyak RM10,200.


Sedan segmen D, Mazda 6, menerima kenaikan tertinggi
Sedan Mazda 6 pula menunjukkan peningkatan harga tertinggi yang mana varian 2.0L naik sebanyak RM4,200, sementara varian lebih tinggi, 2.5L dan Touring (TR) masing-masing meningkat sebanyak RM26,200 dan RM12,200.

Kereta sport MX-5 yang ditawarkan dalam versi MX-5 RF
Model CBU lain yang turut mengalami kenaikan harga ialah Mazda MX-5 yang dijual dalam versi retractable hard-top (RHT), MX5 RF, oleh Bermaz pada harga RM275,154 (tanpa insurans) dijangka mengalami kenaikan sebanyak RM4,200.
Harga model CKD, Mazda CX-30 turut naik




Harga model Mazda lain turut meningkat sekurang-kurangnya RM200
Selain model CBU, kereta keluaran dalam negara, SUV crossover yang telah dilancarkan baru-baru ini, Mazda CX-30, meningkat sebanyak RM3,500.
Baca: Pelancaran Mazda CX-30 Versi CKD – 2WD, Harga Dari RM128K
Selain yang dinyatakan, model lain keluaran Mazda mengalami kenaikan minimum sekitar RM200.
Buat masa ini, Bermaz masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi atau pengesahan mengenai perkara ini.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11 Capai Kutipan Dana RM1.4 Juta
Acara Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11 yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan dana mencecah RM1.4 juta.
07-10-2025
Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!
Bermaz Auto Berhad (BAuto) dalam diam telah merendahkan harga untuk beberapa model SUV Mazda lain selain CX-80 yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu CX-30, CX-5 dan CX-8.
05-10-2025
Harga Mazda CX-80 2.5G PHEV 2025 Dikurangkan – Kini RM35,000 Lebih Murah
Hanya beberapa minggu selepas diperkenalkan di pasaran tempatan, pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Auto Berhad (BAuto) telah membuat mengemaskini harga bagi model SUV, Mazda CX-80 2.5G PHEV.
01-10-2025
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000
Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.
03-09-2025
Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000
Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.
03-09-2025
Spesifikasi Mazda CX-60 Untuk Pasaran Malaysia Bocor Sebelum Pelancaran
Spesifikasi SUV premium Mazda CX-60 untuk pasaran Malaysia kini tersebar di media sosial selepas seorang pengedar membocorkan maklumat tersebut melalui Facebook.
11-06-2025
Mazda 3 1.5 High Plus 2025 Dibuka Untuk Tempahan — Lebih Mewah, Lebih Mampu Milik
Pra-tempahan bagi Mazda 3 2025 varian 1.5 High Plus dalam bentuk sedan dan hatchback (liftback) kini dibuka.
03-06-2025
Berita Terkini
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge