ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Hyundai Bekalkan 700 Bas Sel Bahan Api Hidrogen Untuk Incheon, Korea Selatan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Bandar Korea Selatan, Incheon, akan menggunakan sejumlah 700 bas sel bahan api hidrogen di atas jalan raya menjelang penghujung tahun 2024. Sebanyak 200 unit daripada 700 bas ini akan mula beroperasi pada tahun ini. 


Kementerian Alam Sekitar dan Pengangkutan Korea Selatan, Kerajaan Perbandaran Incheon, Hyundai Motor dan SK E&S telah dengan sebulat suara mempersetujui rancangan tersebut.


Syarikat automotif Korea, Hyundai, diberikan tanggungjawab untuk membekalkan kenderaan tersebut, sementara SK&S (dimiliki oleh SK Group) pula akan menghulurkan kepakaran tenaga dengan menyediakan stesen pengisian hidrogen dan hidrogen cecair untuk kegunaan bas sel bahan api ini. 




Kementerian yang terlibat akan membekalkan dana bagi melancarkan inisiatif tersebut dan menjanjikan penambahbaikan peraturan untuk memudahkan penggunaan bas sel bahan api. 


Baca: UMW Toyota Serah 5 Unit Sedan Hidrogen Toyota Mirai Kepada SEDC Energy & Ketua Menteri Sarawak


Bas yang akan digunakan berkemungkinan besar ialah model Hyundai Elec City Fuel Cell yang dijana oleh tenaga hidrogen. Sejak tahun 2019, Korea Selatan telah menggunakan bas hidrogen Hyundai sebagai bas bandar. Kenderaan ini dilengkapkan dengan sistem sel bahan api 180 kW yang terdiri daripada dua unit sel bahan api 90 kW. Ia turut mempunyai membran elektrolit dan lapisan resapan hidrogen (sama seperti yang terdapat pada trak hidrogen  Hyundai Xcient). Hidrogennya disimpan di dalam tangki berkapasiti 845L. Selain itu, bas turut dilengkapi bateri 78.4 kWh. Jarak perjalanannya boleh mencecah 500 km. 




Buat masa ini, terdapat enam stesen pengisian semula hidrogen di Incheon dan tahun ini, lapan lagi stesen bakal didirikan. Sebuah fasiliti penghasilan hidrogen dilaporkan akan dibina oleh SK E&S yang akan mula beroperasi  pada hujung tahun ini dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 30,000 tan. 


Baca: BMW Bakal Keluarkan Kenderaan Hidrogen Secara Besar-Besaran Mulai 2025


Pengenalan bas hidrogen turut diumumkan di beberapa bandaraya lain di Korea Selatan membabitkan sejumlah 624 unit bas untuk kegunaan di Busan dan Ulsan serta Wilayah Gyeongsang Selatan menjelang tahun 2025. Turut dalam perancangan ialah pembinaan sebuah kilang hidrogen di pulau Jeju untuk membekalkan tenaga hidrogen bagi 1,700 kenderaan sel bahan api menjelang tahun 2030. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8215

SELANGOR

BSU3986

JOHOR

JF6629J

PULAU PINANG

PSG4133

PERAK

APM2293

PAHANG

CFJ1053

KEDAH

KGJ4585

NEGERI SEMBILAN

NEM2740

KOTA KINABALU

SJU5414

KUCHING

QAB7512P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.