- Berita
- Berita Auto
- Jangan Sesekali Keluarkan Kepala Melalui Sunroof, Mungkin Masih Ramai Tak Tahu Fungsi Sunroof
Jangan Sesekali Keluarkan Kepala Melalui Sunroof, Mungkin Masih Ramai Tak Tahu Fungsi Sunroof

Pihak polis sudah beberapa kali mengingatkan orang ramai untuk tidak mengeluarkan kepala melalui sunroof kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah mengancam keselamatan pemandu lain.
Terbaharu, tiga remaja dirakam mengeluarkan kepala melalui 'sunroof' di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan rakaman video tular yang dimuat naik melalui laman sosial facebook "Malaysia Automotive Shiftposting".
Beliau berkata, polis sedang mengesan perakam video itu bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, pemandu MPV serta tiga remaja berkenaan yang berusia 13 dan 16 tahun sudah dikesan.
Terdahulu, tular satu klip video yang memaparkan tiga remaja bertudung mengeluarkan kepala mereka melalui sunroof.
Di sebalik kejadian ini, mungkin ramai tertanya-tanya bolehkah kita mengeluarkan kepala “mengikut” bumbung sunroof?

Sebenarnya tindakan tersebut mungkin tiada masalah dilakukan di kawasan perumahan atau kawasan tertutup yang tidak sesak dengan kenderaan lain.
Bagaimanapun, tindakan mengeluarkan kepada melalui sunroof boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang terutama ketika berada di atas lebuh raya atau jalan besar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
Ya, memang ramai ibu bapa mahu memberikan pengalaman kepada anak mereka untuk menikmati pemandangan namun jika salah tempat, ini, anda boleh disaman.
Berdasarkan undang-undang Seksyen 336 Kanun Keseksaan, segala perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa manusia, atau keselamatan orang lain boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya.
Ingat, kewujudan sunroof pada kereta bukanlah untuk digunakan sebagai viewing deck kereta anda ketika sedang bergerak.
Sebaliknya, sunroof yang bermaksud bumbung tembus cahaya bertujuan untuk membenarkan cahaya, udara atau kedua-keduanya masuk ke dalam kereta.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge