Lexus RZ Dilancar Di Thailand, ROI Sudah Dibuka Di M'sia

Lexus RZ 450e dilancarkan sempena pameran Bangkok International Motor Show (BIMS 2023) yang diadakan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
SUV elektrik ini dikatakan bakal bersaing dengan seterunya seperti Mercedes-Benz EQA dan BMW iX3 di pasaran kelak.
Apapun, Singapura merupakan negara ASEAN pertama yang melancarkan Lexus RZ ini.

Spesifikasi Thailand ini disumbat dengan sistem pacuan semua roda DIRECT4 dan dua motor elektrik.
Ini bermakna motor dihadapan boleh menghamburkan kuasa setinggi 201 hp dan tork 265Nm manakala motor belakang (107hp dan tork 107Nm).

Semua sekali, RZ 450e boleh menghamburkan kuasa 308hp dan tork 435Nm.

Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 5.3 saat manakala kelajuan tertinggi pula tidaklah segah mana kerana kuasa elektriknya hadkan secara elektronik pada 160 km/j.
Begitupun, tetapan dua motor ini yang mengandungi bateri litium-ion (Li-Ion) dengan kapasiti 71.4 kWj, mampu memberikan jarak gerak 470 km mengikut piawaian WLTP.

Mengenai pengecasan pula, ia mengambil masa 6.5 jam jika pmenggunakan AC pada maksimum 11 kW, manakala pengecasan pantas 150 kW DC (Jenis 2) boleh membawa bateri dari 0-80% dalam masa setengah jam sahaja.
Secara visual, RZ menggunakan reka bentuk yang sama seperti mana-mana model Lexus baharu yang lain.
Menjengah bahagian luaran, ia digandingkan dengan lampu LED dengan fungsi lampu suluh tinggi manakala lampu nyalaan siang pula berbentuk -. serta kaca akustik di sisi dan belakang.

Yang pelik, Lexus elektrik ini tidak dilengkapi dengan gril di bahagian hadapan

Di bahagian sisinya pula, RZ ini bergolek dengan rim 18-inci manakala varian Premium pula disempurnakan dengan dengan rim aloi 20-inci.

RZ juga menampilkan siluet yang agak sporty memandangkan garis bumbung yang rendah dan condong serta trim hitamnya membuatkan ia lebih menyerlah.


Sementara itu, kabin RZ dilengkapi dengan ciri yang agak moden manakala bahagian papan pemukanya dihiasi dengan skrin sentuh infotainmen bersaiz 14-inci dengan sokongan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.


Ia juga dilengkapi dengan sistem bunyi Lexus Premium Audio 10 pembesar suara, sistem pencahayaan ambien manakala material tempat duduk didatangkan dua pilihan warna: Hazel atau Grayscale.
Selain itu, terdapat juga kluster instrumen digital 8-inci, kamera pandangan belekang dan juga sistem Bantuan Termaju (ADAS).

Lexus RZ didapati dalam enam pilihan warna: Sonic Quartz, Sonic Chrome, Sonic Iridium, Graphite Black Glass Flake, Sonic Copper dan Aether Metallic.
Lexus RZ spesifikasi Thailand RZ ditawarkan bermula dari 3.87 juta bhat (RM 501k) Luxury manakala varian Premium bermula dari 4.19 juta bhat (RM 543k).
Dengar cerita, Lexus RZ bakal dilancarkan di Malaysia dengan pendaftaran minat (ROI) telah dibuka sejak sekian lama
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge