- Berita
- Berita Auto
- Sekiranya T20 Tidak Menerima Subsidi Bahan Api, Kerajaan Jimat RM17 Bilion – Ahmad Maslan
Sekiranya T20 Tidak Menerima Subsidi Bahan Api, Kerajaan Jimat RM17 Bilion – Ahmad Maslan

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, kerajaan dapat jimat RM17 bilion sekiranya golongan T20 tidak menerima subsidi bahan api.
Beliau membuat kenyataan tersebut berdasarkan rekod tahun lalu, yang mana Putrajaya telah mengeluarkan sebanyak RM50.8 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG). Daripada jumlah tersebut, golongan T20 menerima kira-kira 35% (RM17.8bil), M40 sebanyak 41%, dan B40 pula 24%.
"Jika T20 tidak diberikan subsidi petrol, diesel dan LPG, anggaran penjimatan RM15 bilion ke RM17 bilion, jadi ahli-ahli Yang Berhormat boleh bayangkan berapa banyak perkara lain yang kita boleh guna untuk bantu rakyat dalam pelbagai perkara dan urusan di 26 kementerian," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan daripada Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) yang bertanya sekiranya penggunaan pangkalan data bersepadu dalam pemberian subsidi membantu mengelak ketirisan serta bagaimana kumpulan M40 dan B40 bandar akan menerima manfaat subsidi bersasar.
Sebelum itu, Ahmad memaklumkan bahawa sejumlah RM66.3 bilion dikeluarkan tahun lalu untuk pelbagai subsidi membabitkan petrol, diesel, LPG, minyak masak, bil elektrik, ayam dan telur, yang menurutnya berjaya mengurangkan kos sara hidup. Bagaimanapun, pelaksanaan tidak bersasar itu menyebabkan ketirisan.
Menurut beliau, daripada sejumlah RM66.3 bilion itu, RM2.4 bilion digunakan sebagai subsidi minyak masak, RM9.8 bilion untuk elektrik, RM1.8 bilion untuk ayam dan telur, RM1.5 bilion bagi pelbagai subsidi di negeri Sabah dan bakinya RM50.8 bilion untuk bahan api.

Jelasnya lagi, subsidi diesel bertambah daripada RM5.8 bilion pada tahun 2018 dan RM6.1 bilion pada tahun 2019 kepada RM8.4 bilion tahun ini.
Adakah ini berpunca daripada jenayah penyeludupan atau penggunaan bahan api sebenar oleh rakyat?
Beliau percaya bahawa minyak diesel telah diseludup dengan menggunakan pelbagai teknik, begitu juga RON95. Oleh itu, pelbagai agensi kerajaan akan terlibat dalam usaha untuk membanteras kegiatan ini.

Subsidi bersasar yang diperkenalkan adalah untuk memastikan hanya golongan B40 dan M40 sahaja akan menerima manfaat.
Baca: "Subsidi Petrol Sepatutnya Ikut Pendapatan Isi Rumah Bukan CC Kereta." – Penganalisis
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4580
SELANGOR
BSR6583
JOHOR
JA4265J
PULAU PINANG
PSD8569
PERAK
APJ9132
PAHANG
CFH1861
KEDAH
KGH1367
NEGERI SEMBILAN
NEK9508
KOTA KINABALU
SJT1298
KUCHING
QAB2155P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
RON95 Terendah Di Dunia
Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.
03-04-2026
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
26-02-2026
Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
07-01-2026
Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 27 Nov 2025
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 27 November hingga 3 Disember depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
26-11-2025
Harga Minyak Naik, RON97 & Diesel Lebih Mahal Bermula 20 Nov 2025
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 20 November hingga 26 November depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
19-11-2025
Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 6 November 2025
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 6 November hingga 12 November depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
05-11-2025
Harga Minyak Kekal Hingga 10 September Depan
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 4 September hingga 10 September depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
04-09-2025
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

