Senangnya Bayar Parkir, Hanya Imbas Kod QR

Ada berita baik buat pengguna Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet)!
Ini kerana anda kini sudah tidak perlu mencari mesin untuk membuat bayaran parkir atau sentiasa memeriksa baki kad Touch n Go.
Sebaliknya anda hanya perlu mengimbas kod QR pada mesin tempat letak kereta untuk masuk atau keluar dari sesebuah premis.
Difahamkan, pengguna hanya perlu membuka aplikasi TNG eWallet, ketik pada Pay dan benarkan pembaca kod QR membuat imbasan kod QR.

Kadar bayaran akan dikira berdasarkan tempoh parkir dan jika boleh dibayar menggunakan baki di dalam eWallet, proses pembayaran akan segera dilakukan.
Aplikasi berkenaan akan menolak dari baki eWallet anda dan satu notifikasi akan diberikan untuk setiap transaksi bayaran yang berjaya dilakukan.
Menurut Touch ‘n Go lagi, aplikasi berkenaan tidak memerlukan sambungan ke internet untuk menjana kod QR tersebut.

Sekiranya bateri peranti habis, maka pengguna perlu ke pejabat pengurusan parkir dan memberitahu nombor telefon TNG eWallet anda untuk mereka mengeluarkan tiket parking bagi bayaran manual.
Buat masa ini, berikut adalah senarai tempat letak kereta yang menyokong ciri ini:
1. LRT IOI Puchong Jaya
2. LRT Pusat Bandar Puchong
3. LRT Taman Perindustrian Puchong
4. LRT Kinrara BK5
5. G Village
6. Angsana Seremban 2
7. PJ Centrestage
8. Tropika Bukit Jalil
9. Maju Junction Mall
10. Maju Link
11. Wisma Fui Chiu
12. Pertama Complex
13. Anggun Open Parking
14. UTC-KL @ Pudu Sentral
15. Cahaya Suria
16. Hentian Duta
17. City Parking
18. Angsana Seremban
19. Angsana Johor Bahru Mall
20. Angsana Ipoh Mall
21. Komersial Block A, Pusat Komersial
22. IDCC Palm Spring Damansara
23. Hotel Olympic Malaysia
24. Tempat Letak Kereta Puteri Square
25. Campbell Complex
26. Moulmein Rise
27. Plaza Mahkota Open Site
28. Lot 50 Open Site – KL
29. Intan Square
30. Lot 22513 Open Site
31. Terminal Meru Raya
32. Menara Sentral Vista
33. Four Points by Sheraton Chinatown
34. De King Boutique Hotel (KLCC)
35. GM Bukit Bintang Complex
36. e Centrum Mall
37. Seri Bukit Ceylon Serviced Residences
38. Plaza GM Kuala Lumpur
39. Kumpulan Muara
40. Sports Arena Sentosa
41. Malaysian RE
42. 1Shamelin Mall
43. Eve Suite
44. Menara Choy Fook On
45. Menara Choy Fook On Open Site
46. Four Points by Sheraton, Desaru
47. Palm Garden Klang
48. 1062 Open Site
49. Queensbay Open Site
50. Lorong Kinta Open Site
51. Siam Road Open Site
52. DeView Hotel
53. Farlim Complex
54. Setia Triangle
55. Axis Complex
56. Hin Bus Depot
57. Golden Triangle
58. Kompleks Bukit Jambul
59. Victoria Garden Open Site
60. Bangunan Seri Intan
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pelan Tindakan TnG Tangani Isu Perkhidmatan Tidak Memuaskan KPDN
Pelan tindakan untuk penambahbaikan segera yang dikemukakan TnG masih tidak jelas.
10-02-2023
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat