ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Yaris Facelift 2023 Dilancarkan Di Thailand, Tampil Lebih Agresif!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Toyota Motor Thailand (TMT) baru sahaja melancarkan Toyota Yaris berwajah baharu dalam gaya yang lebih agresif. Jika sebelum ini, kembar sedannya, Yaris Ativ AC100 telah diberikan perubahan besar dengan pelancaran generasi serba baharu, tidak bagi hatchback ini, yang hanya diberikan beberapa perubahan kosmetik kecil. 

PRESTASI TOYOTA YARIS FACELIFT 2023


Seperti yang dikatakan tadi, perubahan Toyota Yaris versi facelift lebih tertumpu kepada kosmetik kereta. Ia masih menggunakan enjin yang sama dengan versi terdahulu iaitu enjin  3NR-FKE empat silinder 1.2L dengan output 90 hp/109 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi Super CVT-i.

REKA BENTUK TOYOTA YARIS FACELIFT 2023

Yaris generasi keempat kali ini hadir dengan rupa baharu pada sudut hadapan dengan pemasangan lampu depan LED baharu berbentuk C dengan bucu yang tajam. Sisipan gril hadapannya juga lebih kecil dengan logo Toyota di bahagian tengah. 


Di sudut belakang, Toyota mengambil rekaan yang sama daripada Yaris versi pra-facelift yang telah direka semula dengan tambahan liang udara dan juga perincian berbentuk tajam untuk gaya yang menyerupai sudut hadapan kereta. 


Ciri baharu lain adalah penggunaan rim aloi bersaiz 15 inci dengan enam jejari dalam kemasan berwarna perak dan hitam. 


KABIN TOYOTA YARIS FACELIFT 2023


Bergerak ke bahagian dalam, ia masih mengekalkan ciri sama seperti model terdahulu. Dua varian tertinggi iaitu Premium dan Premium S Toyota Yaris facelift ini menggunakan sistem infotainmen bersaiz 9 inci yang boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay, sementara dua varian lebih rendah pula menggunakan skrin lebih kecil bersaiz lapan atau tujuh inci. 



Untuk versi facelift, tempat duduknya diberikan rekaan baharu sama ada dalam balutan kulit atau fabrik. Dari segi hiburan, kereta dllengkapkan dengan empat atau enam speaker, kluster instrumen Optitron 4.2 inci serta ciri pemantau pandangan panoramik. 

CIRI KESELAMATAN TOYOTA YARIS FACELIFT 2023



Dari segi keselamatan, dua varian tertinggi menerima sistem bantuan-pemanduan termaju (ADAS) yang merangkumi:

  • Sistem pra-pelanggaran dengan brek kecemasan autonomi (AEB)

  • Amaran keluar lorong (LDA)

  • Amaran lintasan trafik belakang (RCTA) 

  • Pemantau titik buta (BSM)


Berikut adalah ciri keselamatan yang ditawarkan standard kepada kesemua model:

  • Sistem brek anti-Kunci (ABS)

  • Agihan brek elektronik (EBD) dengan bantuan brek

  • Kawalan kestabilan kenderaan (VSC)

  • Kawalan cengkaman


Ditawarkan dalam empat pilihan warna, harga jualan Toyota Yaris facelift 2023 bermula daripada THB559,000 (RM71,946) untuk varian asas Sport dan THB619,000 (RM79,668) untuk varian pertengahan Sport. Sementara itu, untuk dua varian tertinggi yang dilengkapi ADAS iaitu Premium dan Premium S, masing-masing dijual pada harga THB679,000 (RM87,390) dan THB694,000 (RM89,321). 


BAGAIMANA DENGAN PASARAN MALAYSIA?


Buat masa ini, UMW Toyota Motor menawarkan Yaris generasi keempat untuk pasaran tempatan dengan harga yang bermula daripada RM73,800. 

Dalam perkembangan lain, Toyota Vios generasi terbaharu dikhabarkan akan dilancarkan tidak lama lagi. Nantikan info terbaharu di CariCarz!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.