Bunyi Hon, Boleh Buat Naik Darah

Gara-gara hon, seorang pemandu Perodua Myvi yang bengang bertindak mengacukan pistol ke arah seorang penunggang motosikal di hadapan Melaka Mall.
Bagaimanapun, pemandu MYVI itu sudah dicekup oleh orang ramai kerana bertindak agresif.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.

Christopher.
Pertelingkahan berlaku apabila pemandu Myvi tiba-tiba membuat pusingan U di lampu isyarat di Jalan Lebuh Ayer Keroh menyebabkan penunggang motosikal membunyikan hon dan menjerit ‘Hoi!’ kepada suspek.
“”Suspek kemudian mencekak belakang leher mangsa serta mengacukan senjata itu di kepala kirinya, namun mangsa berjaya merampas senjata berkenaan.
Suspek kemudian cuba melarikan diri dengan kenderaannya, namun berjaya dicekup oleh mangsa dan orang awam di tempat kejadian.

Rupa-rupanya suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan sedang menjalani pengawasan (PS) di Balai Polis Bukit Baru sejak 1 November 2021 sehingga 1 November depan atas kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
Malah, suspek mengakui dia telah membeli senjata berupa pistol angin jenama Wingun Patent Super Sport 702 Cal. 6mm BB itu daripada rakannya.
Menerusi tangkapan itu, polis turut merampas enam peluru jenama Wingun 700 dan satu bungkusan lut sinar mengandungi manik plastik warna hijau.
Polis kini sedang memburu rakannya itu manakala suspek ditahan reman selama enam hari di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 (1)(a)Akta Senjata Api 1960.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun
Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?
08-03-2026
Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025
Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.
13-01-2026
2 Kereta Terbakar Ketika Tunjuk Ekzos Berapi, Mujur Pemandu Tak Mati
Sebuah Perodua Myvi terbakar 90% manakala Toyota Vios terbakar 2% ketika si pemandunya menunjukkan aksi ekzos terbakar dalam satu pameran kereta di Klang.
22-12-2025
Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit
Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.
03-11-2025
Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.
31-10-2025
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat