Cepat Muat Turun Setel Lite, Isi Petrol Hanya Di Hujung Jari

Setel telah memperkenalkan aplikasi versi ringan dikenali sebagai Setel Lite, baru-baru ini.
Ia boleh digunakan pada peranti Android yang dilengkapi dengan Android 4.4 atau EMUI 3 ke atas dan mampu berfungsi dengan sambungan internet yang perlahan.
Misalnya, jika anda menggunakan sambungan EDGE, 2G dan 3G, ia masih berfungsi dengan baik sekali gus memberikan pengalaman mengisi petrol yang lebih ringkas serta lancar buat pengguna.
Bagaimanapun, pengguna Setel Lite masih boleh menggunakan Dompet Setel untuk membayar petrol selain memperoleh sehingga 3x mata ganjaran Mesra dengan pembayaran petrol.
“Mereka juga boleh menyemak mata ganjaran Mesra seperti aplikasi Setel versi penuh dan menambah nilai Dompet Setel menggunakan wang tunai melalui e-baucar yang boleh dibeli di stesen PETRONAS di seluruh negara dan perbankan dalam talian.
Selain itu, pengguna Dompet Keluarga yang membayar petrol untuk ahli keluarga, boleh menggalakkan mereka menggunakan Setel Lite sekiranya versi ringan aplikasi Setel ini lebih sesuai dengan pilihan.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, , Setel Lite dibangunkan ekoran hasil daripada maklum balas pelanggan
Menerusi Setel Lite, kami berharap dapat menjadikan pengalaman mengisi petrol lebih mudah diakses dan mesra pengguna kepada segmen komuniti yang kurang diberi perhatian dan mereka yang mempunyai isu sambungan selular serta fungsi telefon yang terhad.
“Setel Lite juga berharap dapat mengurangkan kebimbangan dalam penggunaan aplikasi untuk mengisi petrol disebabkan oleh ciri-ciri yang canggih, terutama dalam kalangan warga emas.
“Setel Lite juga merupakan satu inisiatif mendorong orang ramai menggunakan urusan tanpa tunai,”katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada muka aplikasi yang dipermudahkan, Setel Lite direka dengan fungsi utamanya dikekalkan iaitu pengisian petrol, pengumpulan dan penyemakan mata ganjaran Mesra serta mengekalkan ciri pembayaran Dompet Keluarga.
Berikut adalah tawaran nilai utama yang terdapat pada Setel Lite:
Saiz muat turun yang kecil: Aplikasi ini tidak mengambil ruang storan telefon yang banyak. Sesuai dengan semua peranti Android, termasuk sistem pengendalian yang terdahulu seperti Android 4.4 atau EMUI 3 dan ke atas.
Mesra data mudah alih: Aplikasi ini berfungsi dengan lancar meskipun pada sambungan internet mudah alih yang asas atau lebih perlahan (berfungsi walaupun dengan EDGE, 2G atau 3G).
Mudah digunakan oleh semua, termasuklah warga emas: Ciri ringkas dan butang aplikasi yang lebih besar supaya golongan ibu bapa (atau datuk dan nenek) boleh menggunakannya dengan mudah.
Kumpul 3x mata ganjaran Mesra: Dapatkan sehingga 3x mata ganjaran Mesra untuk setiap pembelian petrol. Semak jumlah mata ganjaran melalui aplikasi pada bila-bila masa.
Selamat digunakan di stesen petrol: Diuji dan dipantau mengikut garis panduan Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar (HSE) PETRONAS.
Berikut adalah cara membayar petrol:

Untuk keterangan lanjut, layari: https://setel.com/setel-lite.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4381
SELANGOR
BSR6544
JOHOR
JA3846J
PULAU PINANG
PSD8517
PERAK
APJ9067
PAHANG
CFH1844
KEDAH
KGH1350
NEGERI SEMBILAN
NEK9485
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat