Gentari, Lotus Cars Malaysia Bekerjasama Untuk Terokai Infrastruktur Mobiliti Hijau

Gentari Sdn Bhd (Gentari) melalui anak syarikat milik penuhnya Gentari Green Mobility Sdn Bhd, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lotus Cars Malaysia (LCM) di ibu negara, pagi tadi.
MoU itu akan menyaksikan Gentari akan bekerjasama dengan LCM selama dua tahun untuk meneroka infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di kemudahan LCM serta ruang awam, termasuk menawarkan pakej pengecasan EV eksklusif untuk pemilik Lotus EV.

Buat masa ini, antara kerjasama yang sedang dipertimbangkan ialah pengenalan penyelesaian Kenderaan Sifar Pelepasan di Malaysia dengan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di kemudahan LCM, dan pembangunan platform digital dengan LCM.
Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Shah Yang Razalli berkata, pihaknya bekerjasam dengan Lotus Cars bagi memudahkan pemandu kereta Lotus Cars mengurangkan jejak karbon mereka dengan setiap kilometer.
“ini adalah sebahagian tujuan kami untuk menyelesaikan keperluan mampan yang mendesak di dunia selain mengubah cara hidup kita bagi menjamin masa depan.

Sementara itu, Pengurus Besar Lotus Cars Malaysia, Tengku Ezan Ley berkata kerjasama ini akan membolehkan mereka menyokong pelanggan Lotus EV dengan lebih baik bermula dengan Hyper-SUV Eletre.

“Bagi meningkatkan ketersambungan kepada rangkaian pengecasan EV Gentari, ia dapat membantu meningkatkan kemudahan pelanggan kami supaya boleh merancang perjalanan dengan baik.
“Ini dapat mengurangkan kebimbangan terutama jika mahu melakukan perjalanan jauh,” katanya.
Sejak diperkenalkan pada Jun 2022, Gentari melalui entiti gabungannya, telah menggunakan lebih 150 infrastruktur pengecasan di 35 lokasi di Malaysia dan lebih 160 infrastruktur pengecasan di India.
“Dengan misi untuk menjadi penyedia penyelesaian mobiliti hijau pilihan Asia Pasifik, Gentari menyasarkan untuk menguasai 10% bahagian pasaran (kira-kira 25,000 mata pengecasan berdasarkan anggaran semasa) merentasi pasaran utama di Asia Pasifik menjelang 2030.
Pada jangka pertengahan, Gentari menyasarkan untuk memasang 9,000 tempat pengecasan awam menjelang 2026, dengan kehadiran berlabuh di Malaysia dan India.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tempahan Lotus Eletre 2026 Kini Dibuka – Cecah 600 KM, Dari RM499K
Hanya seminggu selepas pembukaan tempahan untuk model sedan elektrik Lotus Emeya 2026MY, kini giliran ‘adiknya’, Lotus Eletre, pula membuka tempahan rasmi di Malaysia.
22-08-2025
Lotus Store Kini Dibuka Di Pulau Pinang – Pertama Di Utara Semenanjung
Lotus Cars Malaysia memperluaskan rangkaian pusat jualannya dengan membuka Lotus Store yang ketiga di Malaysia.
15-11-2024
Bilik Pameran Flagship Lotus Kuala Lumpur Kini Di Glenmarie, Shah Alam
Lotus Cars Malaysia turut merasmikan pusat pameran terbaharunya Lotus Kuala Lumpur.
16-08-2024
Varian Asas EV Lotus Eletre Kini Kembali Di Pasaran – Capai 603 HP! Cecah 600 KM! Dari RM598,800
otus Cars Malaysia (Lotus Karz Sdn Bhd) telah mengumumkan kehadiran semula varian asas, Lotus Eletre 2024, di pasaran.
20-07-2024
Lotus Cars Kini Di Pavilion Damansara Heights, Boleh Kustom Kereta Sendiri
Lotus Cars Malaysia secara rasminya membuka Lotus Store yang pertama di Damansara Heights, Kuala Lumpur.
14-03-2024
Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km
Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.
09-12-2025
Tempahan Lotus Eletre 2026 Kini Dibuka – Cecah 600 KM, Dari RM499K
Hanya seminggu selepas pembukaan tempahan untuk model sedan elektrik Lotus Emeya 2026MY, kini giliran ‘adiknya’, Lotus Eletre, pula membuka tempahan rasmi di Malaysia.
22-08-2025
Lotus Eletre & Emeya Model 2026 Diperkenalkan – 2 Varian Baharu, Capai 905 HP!
Lotus bersiap sedia untuk melancarkan model tahun 2026 (2026 MY) bagi SUV elektrik Eletre dan sedan elektrik Emeya tidak lama lagi
04-04-2025
Berita Terkini
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat