GoCar Promo: Boleh Guna Kereta Secara Percuma Selama 1 Jam Tapi Ada Syaratnya..

GoCar dan GoEV menawarkan promo baharu, “GOBERBUKA” sempena bulan Ramadan dimana anda boleh menikmati perkongsian kereta secara percuma selama satu jam.
GoCar mengambil inisiatif itu kerana menyedari ada yang masih tidak memiliki kenderaan dan tidak kurang juga yang tidak mahu menggunakan pengangkutan awam terutama ketika waktu puncak sebelum berbuka puasa.
Untuk itu, anda boleh memanfaatkan perkhidmatan perkongsian kereta GoCar sebagai satu alternatif yang lebih mampu milik.
Menyentuh mengenai penggunaan perkongsian percuma (dihadkan pada harga RM14), anda perlu membuat tempahan GoCar Share (Perjalanan Pergi Balik) bagi tempahan lebih dua jam.

Bagaimanapun, promosi ini sah untuk tempahan yang dibuat bermula sekarang hingga 21 April 2023
Ini bermakna anda boleh menggunakan kod promo ini tanpa had sepanjang tempoh kempen tersebut.

GoCar berkata, pihaknya menyediakan pelbagai jenis kenderaan bermula dari kenderaan kompak sehinggalah Kenderaan Pelbagai Guna (MPV).
“Dengan kadar bermula hanya RM13.90 sejam, GoCar menawarkan pengangkutan yang mudah dan mampu milik.
“Malah, bagi mereka yang masih belum cuba memandu kereta elektrik sepenuhnya (EV), ini adalah peluang terbaik untuk merasai sendiri pengalaman memandu Nissan Leaf yang senyap,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.


Difahamkan, GoCar telah menukar kadar jam GoEV (Perjalanan Pergi Balik) kepada RM17.90 berbanding RM24.90 sejam sebelum ini.
Bagi yang berminat untuk menempah GoCar Share atau GoEV, anda boleh memuat turun aplikasi itu di mudah alih GoCar.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web GoCar di https://hi.gocar.my
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sewa Kereta Elektrik GoEV Kini Hampir 50% Lebih Murah!
Peneraju platform perkhidmatan mobiliti, GoCar Malaysia, hari ini telah mengumumkan kadar harga terbaharu.
09-02-2023
GoCar Catat Lebih 500K KM Setelah Setahun! Tawar Potongan Hingga 70%
Setahun selepas dilancarkan pada bulan Disember tahun lalu, peneraju platform perkongsian kereta, GoCar Malaysia, kini meraikan pencapaian perjalanan lebih 500k.
09-12-2022
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge