- Berita
- Kereta Baru
- Hyundai Creta Bakal Muncul? Mungkin Betul Sebab Dah Ada Imej Teaser! Nampaknya Creta Model Baharu Untuk 2023
Hyundai Creta Bakal Muncul? Mungkin Betul Sebab Dah Ada Imej Teaser! Nampaknya Creta Model Baharu Untuk 2023

Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) menyiarkan beberapa imej teaser sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) namun tidak mendedahkan jenis model itu.
Namun melihat kepada lampu LED di bahagian belakang, kami di CariCarz.com menjangkakan ia mungkin SUV Hyundai Creta.
Gambar SUV yang digelapkan manakala kedua-dua lampu belakang bernyala itu disiarkan di halaman Facebook rasmi syarikat HSDM.

Nampak macam saspen, tapi biasa je sebenarnya!
Lagipun, ini merupakan kali kedua pembuat kereta dari Korea Selatan itu menyiarkan imej teaser selepas menyiarkan gambar kenderaan elektriknya, Ionic 6 pada tahun lalu.
Berbalik kepada gambar teaser itu, seperti biasa, tiada banyak maklumat yang diperoleh kecuali reka bentuk lampu belakang yang bercahaya manakala siluet kereta tidak dapat dilihat dengan jelas.

Apapun, kedua-dua butiran ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa bayangan badan tegap SUV ini adalah Hyundai Creta serba baharu walaupun HSDM masih berkunci mulut.
Sekadar info, Creta dilancarkan secara global pada 2019 manakala Creta generasi kedua dibangunkan khas untuk pasaran Asia Tenggara dimana Indonesia menjadi negara ASEAN pertama yang secara rasmi memasangnya untuk pasaran serantau.

Ketika itu, Thailand menerima Creta yang dipasang dari Indonesia.
Ini bermakna kita pun bakal menerima spesifikasi yang sama seperti pasaran kereta jiran kita.
Betul ke?
Apapun kita tunggu kejutan HSDM nanti!
Mengimbas kembali sedikit mengenai pilihan SUV, tahukah anda, Hyundai Kona dilihat kekal sebagai
sebagai pilihan SUV segmen B 'sebenar' dengan kelebihan sporty dan varian EV
Namun Creta berada di segmen SUV 'B-Plus' yang cukup berkuasa selain bersedia untuk bersaing dengan Honda HR-V dan Proton X50 di pasaran tempatan.
Sebagai perbandingan, Creta berukuran 4,315mm panjang, yang menjadikannya 100 mm lebih panjang berbanding Kona iaitu 4,215mm.
Untuk makluman, Creta dikenali sebagai SU2id dimana ia disumbat dengan enjin Smartstream 1.5 liter 4 silinder.
Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa 113 hp dan tork 144 Nm serta dipadankan dengan kotak gear Intelligent Variable Transmission (iVT), iaitu transmisi CVT Hyundai yang menggunakan rantai bagi menggantikan tali sawat metalik.


Sedikit tekaan, Creta dilihat mempunyai siluet SUV berkotak yang tipikal,dengan beberapa petunjuk reka bentuk yang diperoleh daripada model Hyundai seperti mana adiknya, Palisade.
Luaran:
Menjengah bahagian hadapannya, Creta menampilkan reka bentuk jeriji berlatarkan yang sama seperti Palisade, diapit oleh DRL LED manakala lampu sebenar dipasang pada bahagian bawah bampar.
Sementara itu, ia menggunakan rim aloi 17 inci.
Belakang:


Bahagian belakangnya pula, Creta memaparkan reka bentuk lampu belakang LED dimana ia hadir dengan gabungan yang sangat tersendiri iaitu dua komponen berasingan.

Seperti mana SUV lain, ia juga dengan pelapisan bawah badan berwarna hitam matte, serta beberapa plat skid berwarna perak disumbat di bahagian bawah bampar belakang.
Kabin:
Ia juga dilengkapi skrin infotainmen 8.0-inci, paparan instrumen 10.25-inci, pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi, pendingin hawa automatik dengan penghembus kabin belakang.



Dikhabarkan dua varian paling tinggi diberikan lampu dalaman dan lampu suasana LED dan juga bumbung panaromik.
Ciri-Ciri Keselamatan:

Dari segi ciri-ciri keselamatan, terdapat enam-beg udara serta pakej bantuan pemanduan Hyundai SmartSense dengan fungsi termasuk amaran buka pintu bagi mengelak sebarang kejadian perlanggaran.
Selain itu terdapat juga:'
• Kawalan Kestabilan Elektronik
• Sistem Bantuan Termaju (ADAS)
• Brek Kecemasan Autonomi
• Laluan Kekal Lorong
• Bantuan Kekal Dalam Lorong
• Pengesan Titik Buta

Buat masa ini, HSDM masih belum mendedahkan sebarang info mengenai model ini baik tarikh bila pelancaran mahupun harga atau tarikh untuk membuat tempahan.
Namun di Indonesia, Creta dijual pada harga 291.3 juta Rupiah hingga 408.3 juta Rupiah (RM86,138 to RM120,736) manakala pasaran di Thailand pula dari 949,000 baht hingga 999,000 baht (RM121,804 - RM128,222).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
DILANCAR: Hyundai Creta Dah Masuk M'sia, Harga RM149K
HSDM melancarkan Hyundai Creta, sebentar tadi.
28-04-2023
Hyundai Motor Malaysia Lancar Platform Media Sosial Baharu - Sedia Ambil Alih
Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah melancarkan halaman media sosial rasmi di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain.
11-06-2025
Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.
23-11-2021
Jangan Terlepas! Promosi 3 Hari Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai, Ada Jaminan 2 Ke 3 Tahun!
Beberapa unit kereta terpakai Hyundai yang diperakui akan ditawarkan dalam harga istimewa melalui Hyundai Promise
17-09-2021
Alternatif Terbaharu: Program Pajakan Smart Hyundai Grand Starex Dilancarkan
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Program Pajak Smart Hyundai Grand Starex yang menawarkan program sewa tiga hingga lima tahun yang membolehkan pemilikan Grand Starex tanpa rasa bimbang.
19-08-2021
Hyundai Tawar Program Penghargaan Kepada Petugas Hadapan
Menyedari usaha petugas hadapan dalam memerangi krisis Covid-19, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengambil inisiatif dengan melancarkan Program Penghargaan Petugas Hadapan baru-baru ini.
17-08-2021
Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model B-SUV Kona iaitu varian 1.6 N Line dan 1.6 Turbo. 1.6 N Line ditawarkan pada harga RM156,888, sementara itu, 1.6 Turbo pula pada harga RM146,888.
03-08-2021
Hyundai Perkenal Program Jaminan Lanjutan: Ini Dia Model Kereta Yang Diterima!
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja melancarkan Program Jaminan Lanjutan yang eksklusif untuk model tertentu.
12-07-2021
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
