Imej Acah Mercedes-Benz GLS Facelift Didedahkan

Mercedes-Benz telah mendedahkan imej acah SUV di bawah kelas GLS versi facelift. Imej SUV tujuh tempat duduk tersebut dikongsikan melalui Twitter rasminya, Mercedes-Benz Press.
Walaupun gambar yang dikongsikan agak sukar dilihat dengan jelas kerana hanya bayangan yang gelap, tetapi kita masih boleh melihat bentuk badan SUV tersebut dan juga lampu hadapan LED yang dinyalakan. Cahaya yang dilimpahkan pada kereta turut mendedahkan rekaan roda dan juga logo tiga bucu SUV ini secara samar-samar.


Mercedes-Benz GLS 2020 (kanan) & Mercedes-Benz GLE Facelift 2024 (kiri)
Dijangkakan, SUV facelift ini akan menerima kemaskini perisian terbaharu dengan beberapa penambahbaikan kecil lain kepada kelengkapan kenderaan.

Kabin Mercedes-Benz GLE Facelift 2023 bakal dilengkapkan dengan teknologi baharu
Dari luar, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat dengan jelas, namun ruang kabin model facelift ini dijangka akan diberikan pembaharuan yang menyerupai GLE facelift.
Penambahbaikan ini dapat dilihat pada kemasan yang digunakan untuk ruang kabin, port pengecas USB yang lebih banyak serta paparan infotainmen 12.3 inci dengan perisian Mercedes-Benz User Experience (MBUX) generasi kedua.


Kini ditawarkan dalam generasi ketiga, GLS generasi X167 membuat penampilan global pertamanya pada tahun 2020, dengan dua pilihan enjin yang mana kedua-duanya adalah jenis separa elektrik. Bagi pasaran Malaysia, GLS dilancarkan secara rasmi oleh Mercedes-Benz Malaysia (MBM) pada bulan September tahun lalu dalam satu varian, GLS450 4Matic AMG Line.


GLS450 4Matic untuk pasaran negara dikuasakan oleh enjin enam sebaris berpengecas turbo kembar 3.0L yang menyalurkan output 362 hp/500 Nm. Enjin ini digabungkan dengan sistem hibrid ringan (MHEV) 48V yang memberikan kuasa tambahan 22 hp/250 Nm dalam tempoh yang singkat melalui fungsi EQ Boost. Kuasa disalurkan kepada keempat-empat roda menerusi sistem transmisi automatik 9G-Tronic 9-kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Matic (AWD).

PHEV Mercedes-Benz GLE400e 4Matic 2024
Bagi GLS versi facelift, kita mungkin akan menyaksikannya ditawarkan dalam varian hibrid plug-in (PHEV) yang mungkin menggunakan trenkuasa PHEV 2.0L sama seperti yang ditawarkan pada SUV GLE dan GLC varian PHEV. Dengan enjin 4-silinder berpengecas turbo 2.0L, satu elektrik motor dan pek bateri 23.3 kWh, PHEV GLE memiliki output gabungan 381 hp/ 649 Nm.

Memandangkan GLS memiliki bentuk badan yang lebih besar berbanding GLE, kita boleh menjangkakan output kuasa yang lebih tinggi, atau angka prestasi yang lebih rendah jika dibandingkan dengan masa pecutan 0-100 km/j yang dicatatkan GLE iaitu 5.8 saat.
GLS generasi ketiga versi facelift bakal didedahkan secara rasmi pada 4 April, 2023 ini. Sementara itu, untuk versi prestasinya, GLS AMG, Mercedes masih belum membuat sebarang pendedahan, tetapi ia dijangka akan didedahkan beberapa bulan selepas pelancaran model standard.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2463
SELANGOR
BSU8148
JOHOR
JG8742J
PULAU PINANG
PSH2060
PERAK
APM7084
PAHANG
CFJ3324
KEDAH
KGJ7027
NEGERI SEMBILAN
NEM4987
KOTA KINABALU
SJU9763
KUCHING
QAB9435P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge