- Berita
- Berita Auto
- Nak Balik Raya? 2 Juta Kenderaan Banjiri PLUS, Jadi Tiada Sebarang Penutupan Lorong
Nak Balik Raya? 2 Juta Kenderaan Banjiri PLUS, Jadi Tiada Sebarang Penutupan Lorong

Bagi yang ingin pulang ke kampung halaman, anda dinasihatkan rancang perjalanan anda!
Ini kerana PLUS Malaysia Berhad menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan membanjiri kesemua rangkaian lebuh rayanya sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kami setiap hari bermula pada 20 April hingga 21 April.
“Aliran juga dijangka sesak pada 24 April hingga 25 April, 29 April hingga 1 Mei dan 4 Mei hingga 7 Mei 2023.
“Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding jumlah trafik pada hari biasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk itu, beliau menyarankan agar orang ramai yang menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS supaya merancang perjalanan mereka dengan baik dan pulang ke kampung lebih awal.
“Langkah itu perlu diambil bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam lonjakan trafik terutama pada hari puncak,” tambahnya.
Sementara itu, bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS telah membuat persediaan dan mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa.
Bagi memastikan perjalanan di lebuh raya lebih lancar dan selesa, PLUS akan menghentikan sementara kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan di lebuh raya mulai 19 April hingga 1 Mei akan datang.
“Sepanjang tempoh tersebut, tiada penutupan lorong akan dilaksanakan namun jika berlaku kes-kes kecemasan serta terdapat kerja pembaikan kritikal, penutupan lorong terpaksa dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya ketika musim perayaan ini.
PLUS akan turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan dalam tempoh terdekat.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sistem Amaran Cubaan Bunuh Diri Kesan 32 Kes Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang
PLUS mengesan 32 kes cubaan bunuh diri selepas memasang SAS di Jambatan Pulau Pinang.
05-01-2026
Syabas, R&R Tapah Menang Anugerah Tandas Terbaik 2025
R&R Tapah Arah Selatan telah dinobatkan sebagai Tandas Terbaik 2025, sekali gus membawa pulang trofi, sijil serta wang tunai bernilai RM20,000, baru-baru ini.
22-11-2025
Laluan Kulai-Sedenak Dilencong Bermula Isnin Ini
PLUS akan melaksanakan lencongan jalan secara berperingkat di laluan Kulai–Sedenak bermula Isnin hingga Khamis depan.
25-10-2025
Surau Pertama Di Lebuhraya PLUS, R&R Seremban Kini Boleh Laksana Solat Jumaat
Surau MADANI di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban menjadi surau pertama yang kini boleh digunakan untuk menunaikan solat Jumaat.
02-07-2025
Perhatian: Lebuhraya KL-Seremban Tidak Ditutup, Kerja Pelancaran Rasuk Ditangguh
PLUS Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya tidak akan menutup laluan Plaza Tol Sungai Besi bermula tengah malam ini.
01-07-2025
Kamera AwAS: "Temani" Anda Sepanjang Aidilfitri
Terdapat 17 lokasi kamera AwAS yang dikenal pasti di sepanjang Lebuhraya PLUS.
16-03-2025
Cuti Hari Krismas: Plus Jangka 2.12 Juta Kenderaan Banjiri Lebuh Raya!
Orang ramai dinasihatkan rujuk jadual TTA sebelum memulakan perjalanan.
17-12-2024
Lubang Benam, Kali Ini Di Lebuhraya NKVE
Orang ramai yang menggunakan PLUS boleh mendapatkan info trafik melalui aplikasi PLUS atau laman X @plustrafik.
12-11-2024
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
