ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Sedan Elektrik Fastback Volkswagen ID.7 Rasmi Diperkenalkan – Capai 700 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Akhirnya, selepas beberapa acahan dan previu disajikan, Volkswagen ID.7 telah membuat penampilan global yang pertama semasa pameran Auto Shanghai 2023. Sedan EV dengan gaya fastback ini model pertama yang diperkenalkan daripada barisan EV generasi akan datang Volkswagen (VW).




PRESTASI  VOLKSWAGEN ID.7


Sedan  yang  dijadualkan tiba di pasaran Eropah dan China pada akhir tahun ini ditawarkan dalam dua varian – Pro dan Pro S. Kedua-duanya dipasangkan dengan motor elektrik APP550 sama di bahagian belakang yang memberi output 282 hp (210 kW)/550 Nm. 


ID.7 Pro menggunakan platform matriks pemacu elektrik modular (MEB) eksklusif jenama ini, dengan bateri berkapasiti 77 kWh (82 kWh) yang memberikan jarak perjalanan sehingga 615 km. Model ini menyokong pengecas pantas DC 170 kW.




Varian tertinggi, ID.7 Pro S, dengan unit pacuan APP550 dikuasakan oleh pek bateri berkapasiti lebih tinggi  86-kWh (kapasiti kasar: 91-kWh) dengan jarak perjalanan maksimum 700 km. Bateri boleh dicas menggunakan pengecas DC 200 kW, berbeza dengan varian standard yang hanya menyokong pengecas 170 kW. 


REKA BENTUK  VOLKSWAGEN ID.7


Dari segi rekaan, ID.7 menggunakan bahasa rekaan yang sama seperti model ID yang lain, dengan lampu hadapan berbentuk trapezoid, namun kali ini lebih halus. Pada sudut ini juga terdapat jalur lampu nyalaan siang (DRL) jenis LED yang menghubungkan kedua-dua lampu di bahagian hadapan, namun dipisahkan oleh logo VW di bahagian tengah. 




Dari tepi, gaya sportynya terserlah dengan rekaan bumbung yang condong. Ciri menarik lain yang dapat dilihat dari sudut ini ialah penggunaan rim aloi dua tona bersaiz 20 inci dan pemegang pintu yang bercahaya. 




Di bahagian belakang, ID.7 menggunakan lampu belakang LED penuh dengan teknologi IQ.Light, serta jalur LED yang merentasi kelebaran kereta. 


Berkepanjangan  4,961 mm, lebar 1,862 mm dan jarak antara roda 2,966 mm, saiz ID.7 hampir sama dengan sedan elektrik, Mercedes-Benz EQE.


KABIN VOLKSWAGEN ID.7




Bergerak ke bahagian dalam, ID.7 diberikan sentuhan minimalisme, tetapi padat dengan kecanggihan. Model ini dilengkapkan dengan skrin infotainmen jenis terapung yang bersaiz 15 inci dengan fungsi arahan suara, sistem navigasi satelit, serta sambungan Android Auto/Apple CarPlay. 




Ciri menarik lain ialah paparan-di-kepala (HUD) dengan fungsi AR serta kluster instrumen digital 12.3 inci yang memaparkan informasi speedometer dan amaran ADAS.




Tempat duduk bahagian hadapan boleh dilaraskan secara automatik kepada 14 arah, hadir dengan fungsi Climatronic yang dapat mengesan suhu dan tahap kelembapan untuk mengaktifkan fungsi pemanasan atau penyejukan mengikut keperluan. 




Selain itu, tempat duduk kereta turut hadir dengan sistem urutan ergoComfort pada penyandar belakang. Sistem ergoPremium  ditawarkan sebagai pilihan tambahan untuk urutan bahagian pelvis dan tulang belakang.




Teknologi lain yang digunakan ialah sistem kawalan iklim dengan corong udara automatik yang menyebarkan udara menggunakan “pergerakan dinamik” yang dibantu oleh sistem "motor elektronik menegak dan melintang.”




Ciri lain ialah sistem pencahayaan ambien, sistem audio Harman Kardon 14 speaker, serta pilihan tambahan, bumbung suria panoramik. 


PENGELUARAN DAN PENGHANTARAN VOLKSWAGEN ID.7




Setelah penampilan perdananya di Auto Shanghai 2023, kereta elektrik Volkswagen ID.7 akan mula dikeluarkan pada separuh akhir tahun ini di kilang VW yang bertempat di Emden, Jerman. 




Butiran harga ID.7 masih belum didedahkan, namun, penghantaran untuk pasaran Eropah dan China dijadualkan bermula pada akhir musim luruh tahun ini, diikuti oleh Amerika Utara dan seluruh dunia pada hujung 2024.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

28-01-2025
Global

15-01-2025
EV

16-03-2024
EV

14-03-2024
Berita Auto

13-03-2024
Berita Auto

11-03-2024
EV

23-02-2024

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.