Adakah Model GR Akan Diabaikan? Ini Penjelasan CEO Baharu Toyota

Pengerusi Toyota dan bekas Presiden syarikat pengeluar kereta Jepun tersebut, Akio Toyoda
Peletakan jawatan presiden dan CEO Toyota, Akio Toyoda, telah menimbulkan kebimbangan ramai peminat kereta sport di seluruh dunia. Peralihan kuasa kepada CEO baharu, Koji Sato, membuatkan ramai tertanya-tanya sekiranya pembangunan kereta prestasi, Gazoo Racing (GR) akan diteruskan, lebih-lebih lagi dengan perancangan syarikat untuk memperbaharui strategi elektromobiliti syarikat.

Presiden dan CEO baharu Toyota, Koji Sato
Namun kini semua boleh menarik nafas lega setelah CEO terbaharu Toyota itu mengumumkan bahawa cabang kereta prestasi syarikatnya, jenama GR, masih akan diteruskan dan diperkembang di masa hadapan.

Barisan kereta serba baharu Toyota GR & GR Sport yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada awal tahun ini
Bercakap kepada Autocar UK, CEO tersebut mendedahkan, “Jenama Gazoo akan terus diberikan perhatian pada masa akan datang – dan kami juga mungkin akan mempercepatkannya.”
Dengan pelantikan bekas Presiden, Akio Toyoda, sebagai pengerusi baharu syarikat pengeluar tersebut, beliau kini mempunyai “lebih banyak masa untuk membangunkan kereta” untuk GR, yang telah dilancarkannya pada tahun 2007.


Toyota GR86 (kiri) dan imej render Toyota GR86 Hybrid 'baharu' (kanan) (Sumber foto: Best Car Web)
Bagaimanapun, Sato tidak mendedahkan secara terperinci mengenai pembangunan yang telah dirancang untuk GR. Namun, sebelum ini kami pernah melaporkan ura-ura penghasilan Toyota GR86 dengan trenkuasa elektrik.

Kereta konsep Toyota Sports EV 2021
Selain itu, Toyota sebelum ini turut pernah memaparkan kereta konsep roadster EV yang dikenali sebagai ‘Sports EV' pada tahun 2021.

Adakah model ini akan dikeluarkan sebagai model GR elektrik tulen yang pertama? Sekiranya ini berlaku, ia akan menjadi pesaing terdekat kepada kereta sport elektrik lain seperti MG Cyberster yang bakal dilancarkan Tesla atau roadster elektrik lain seperti Porsche 718 Boxster/Cayman generasi akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun
Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.
08-08-2025
Akio Toyoda Dilantik Semula Sebagai Pengerusi Toyota, Apa Yang Berlaku?
Akio Toyoda telah dilantik semula sebagai Pengerusi Toyota Motor Corp. oleh pemegang saham syarikat itu walaupun terdapat skandal berkaitan tadbir urus dan ujian pensijilan.
21-06-2024
Toyota Ambil Alih Syarikat Pengeluar Bateri EV Panasonic
Toyota Motor Corporation telah menyelesaikan pengambilalihan Primearth EV Energy Co., Ltd. (PEVE).
28-03-2024
Kepimpinan Baharu Berkuat Kuasa 1 Mac 2024
Gara-gara skandal penyelewengan ujian keselamatan, pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation (TMC) menggantikan kepimpinan baharu semalam.
14-02-2024
Skandal Daihatsu: Ini Tindakan Daihatsu
Daihatsu akan menghentikan pengeluarannya di Jepun sehingga akhir Januari 2024,
26-12-2023
Cukup Macho, Sporty Habis, Tiba Tak Lama Lagi?
Nampaknya Toyota Motor Corporation (TMC) telah memilih untuk menggunakan jenama Lexus untuk memperkenalkan model EV generasi pertamanya.
25-09-2023
Pengerusi Kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda Meninggal Dunia Pada Usia 97 Tahun
Pengerusi Kehormat Toyota Motor Corp, Shoichiro Toyoda dilaporkan telah menghembuskan terakhirnya di usia 97 tahun.
15-02-2023
CEO Toyota Letak Jawatan, Penggantinya, Koji Sato, Akan Tumpu Pada EV?
Syarikat pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation, telah mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Operasinya (CEO), Akio Toyoda, yang berkuat kuasa 1 April ini.
27-01-2023
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

