ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar

Suhana Veru

Kongsi melalui


Hati siapa yang tidak remuk apabila kereta yang baru dua jam diambil dari pengedar di Kuala Lumpur terlibat dalam kemalangan.

Kejadian menyayat hati itu berlaku ketika pemilik kereta Perodua Alza bersama keluarganya itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Siapa sangka di sebalik kegirangan keluarga itu membawa pulang kenderaan baharu ke rumah bertukar detik hitam apabila ia kemek teruk .


Pemilik Alza itu yang hanya dikenali sebagai Ea Sya berkongsi perasaannya sedih menerusi Group Facebook Perodua Alza D27A Malaysia semalam.

“Malang tak berbau. Kegembiraan kami membawa duka dan tragis untuk keluarga kami.  Kereta baru amik dari KL balik on the way ke JB,  2 jam drive sudah kena langgar dari belakang.

“Hanya Allah sahaja tahu rasa terkilan kami. Tunggu Alza 8 bulan pakai 2 jam sudah kena langgar. Doakan Kami sekeluarga kuat,” tulisnya di halaman Facebook itu.


Menerusi gambar-gambar yang dikongsi kereta Perodua Alza berwarna hitam itu kemek teruk di bahagian belakang gara-gara dirempuh sebuah kenderaan.

Rempuhan itu turut menyebabkan bahagian hadapan kereta itu kemek teruk. 

Bagaimanapun, pemilik Alza itu tidak mendedahkan varian yang dibelinya.

Untuk makluman anda,  Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) telah melancarkan Perodua Alza 2022 serba baharu pada Julai 2022.

Alza 2022 dijual pada harga seperti berikut; X (RM62,500), H (RM68,000) dan AV (RM75,500) — harga atas jalan tidak termasuk insurans, dengan SST.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN4423

SELANGOR

BST3745

JOHOR

JD4430J

PULAU PINANG

PSF2384

PERAK

APL1676

PAHANG

CFH5927

KEDAH

KGH7933

NEGERI SEMBILAN

NEL6428

KOTA KINABALU

SJT8459

KUCHING

QAB4935P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

10-05-2024
Berita Auto

07-05-2024
Berita Auto

15-02-2024
Berita Auto

05-01-2024
Berita Auto

20-12-2023
Berita Auto

15-08-2023
Pandu Uji

15-05-2023
Berita Auto

12-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.

28-08-2026
Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026
Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.