BMW i40, EV Sepenuh, Harga 430K

BMW Malaysia memperkenalkan beberapa model baharunya termasuk BMW i4 M50 pada Malaysia Autoshow 2023.
Untuk makluman anda, ia merupakan varian EV bagi model i4 eDrive40.
Ketibaan jentera elektrik BMW M ini bakal memahat tanda aras yang baharu bagi prestasi pemanduan elektrik yang sebenar di Malaysia.
BMW i4 M50 yang merupakan kenderaan elektrik berjata M pertama di dunia yang bakal menawarkan pemanduan yang cukup mengujakan.
-full.jpg)
Difahamkan, dua motor BMW M eDrive dimuatkan di dalam BMW i4 M50 dimana ia dipasang di gandar hadapan dan belakang.
Ini bermakna, ia mampu menghamburkan kuasa tidak kurang daripada 544 hp dan 795 Nm.
Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.9 saat manakala kelajuan tertingginya pula mencecah 225 km/j.
Dengan penggunaan tenaga sebanyak 24 – 19 kWj/100 km, kenderaan ini merekodkan jarak operasi elektrik sejauh 510 kilometer (berdasarkan kitaran WLTP).

Untuk pengecasan, model ini mengambil masa 8 jam 15 untuk untuk mencapai pengecasan penuh menerusi pengecas AC 11 kW.
Sistem pengecas pantas DC berkapasiti 200 kW pula boleh mengecas bateri dari 10% hingga 80% dalam tempoh 31 minit sahaja.
Selaras dengan sambutan ulang tahun divisyen itu, i4 M50 untuk pasaran Malaysia didatangkan standard dengan logo 50 tahun BMW M.


Penampilan sporty model ini diserlahkan lagi menerusi kit M Aerodynamics, spoiler belakang M dan diffuser berwarna hitam.


Sementara itu, ruang dalamannya dihiasi dengan trim interior M berserta kemasan gentian karbon, pelapik bumbung anthracite, tempat duduk depan M Sport, tali pinggang keledar M, panel instrumen Sensatec dan bumbung kaca elektrik.
Ciri BMW IconicSounds Electric menjana ‘bunyi enjin’ M yang sporty.


Sistem keselamatan merangkumi Perlindungan Akustik untuk Pejalan Kaki, Bantuan Pemanduan Profesional, Bantuan Parkir dan Perlindungan Aktif.

Selain itu, M50 juga didatangkan dengan pakej Driving Assistant Professional, Brek Kecemasan Autonomi (AEB), kawalan jelajah adaptif dengan Stop/Go, bantuan ke tengah lorong, bantuan mengekalkan lorong, peninjau titik buta, peninjau titik buta dan pengelak perlanggaran.
Terdapat lampu tinggi adaptif, bantuan parkir dan sistem kamera 360-darjah.

i4 M50 boleh didapati dalam warna Mineral White, Black Sapphire, M Brooklyn Grey, M Portimao Blue dan Sanremo Green. Upholsteri bahagian dalaman pula disediakan dalam kulit Vernasca berwarna hitam dengan sulaman berkontras biru dan kulit Vernasca dalam warna Cognac.
Harga bermula adalah RM430,800. Bagi bateri pula, ada jaminan lapan-tahun/160,000 km.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem
Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.
07-08-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
BMW Clubhouse– Tampil Model Baharu BMW & M.
01-07-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!
Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.
21-01-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia
BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.
15-01-2026
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge