BMW i5 Curi Perhatian Ramai

Selepas tujuh generasi, BMW 5 Series kini akhirnya memasuki fasa model elektrik sepenuhnya selepas BMW i5 2024 dilancarkan baru-baru ini.
Ia yang menggunakan kod nama G60 dikatakan mampu melakukan jarak perjalanan sejauh 582 kilometer.
Ini membolehkan ia mampu bersaing dengan seterunya dari Jerman, Mercedes-Benz EQE.

Untuk makluman, BMW i5 didapati dalam dua spesifikasi iaitu pacuan roda belakang (RWD) eDrive40, dan varian pacuan semua roda (AWD) M60 xDrive.
Varian eDrive40 dikatakan mampu menghamburkan kuasa setakat 335 hp dan sehingga 430 Nm tork serta mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam enam saat.
Sementara itu, kelajuan maksimumnya boleh mencecah sehingga 193 km/j.
Beralih kepada BMW i5 M60 xDrive, ia yang menggunakan dua tetapan motor berkembar mampu menghasilkan kuasa 593hp dan tork 820Nm manakala ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.8 saat.
Kuasa elektriknya itu juga mampu menyalurkan kelajuan tertinggi sehingga mencecah 143km/j namun kelajuan itu dihadkan secara elektronik bagi mengekalkan jangka hayat bateri.

Bercakap mengenai bateri pula, kedua-dua model ini menerima kuasa daripa pek bateri yang berkapasiti 81.2 kWh yang terdiri daripada empat modul berasingan dengan 72 sel bateri setiap satu, dan tiga modul dengan 12 sel setiap satu.
Bateri yang disumbat pada i5 eDrive40 boleh bergerak sejauh antara 497 kilometer (km) hingga 582km manakala varian M60 xDrive menerima jarak perjalanan yang rendah iaitu antara 455 km hingga 516km.
Mengenai pengecasan pula, kedua-dua model menyokong pengecas AC sehingga 11 kW sebagai standard dan 22 kW sebagai pilihan.


Bagi pengecas DC ia menyokong sehingga 205 kW sekali gus membolehkan pengecasan 10-80% hanya dalam masa 30 minit.
Menjengah bahagian luarannya, ia menampilkan susun atur sedan tiga kotak tipikal dan hud hadapannya agak panjang.
Di bahagian belakang, i5 menggunakan beberapa reka bentuk daripada BMW i7.

Ia hadir dengan lampu belakang LED rata dan bampar belakang yang kelihatan sporty. Berbeza dengan model BMW yang lebih baharu seperti i7 dan XM yang 'kontroversial', BMW telah mengambil laluan yang lebih selamat dan terbukti untuk Siri G60 5.


Kali ini, ia juga hadir dengan gril buah pinggang signatur BMW dan tiada sebarang saluran udara memandangkan ia adalah EV.
Menjengah bahagian dalamannya, ia dilengkapi dengan skrin melengkung yang merangkumi kluster digital 12.3 inci dan infotainmen 14.9 inci.


Ia menggunakan sistem operasi 8.5 terkini dari BMW yang turut menmpilkan platform AirConsole.
BMW 5 Series ini juga dikatakan lebih panjang (5,060 mm), lebar 1,900 mm, manakala jarak antara roda bertambah kepada 2,995 mm.


Pengeluaran sedan BMW i5 dilaksanakan di kilang BMW Dingolfing, Jerman di mana kebanyakan komponen EV BMW juga dibuat di kilang yang sama.
BMW i5 eDrive40 dijual pada harga RM313,043 manakala M60 xDrive pula ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM392,926.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

