BMW Z4 Ditayang!

BMW menayangkan model Concept Touring Coupé pada pameran auto Concorso d’Eleganza Villa d’Este di Itali baru-baru ini.
Konsep Touring Coupe ini sebenarnya ilham daripada zaman 70-an.
Kita sebenarnya telah banyak menyaksikan model touring/wagon misalnya seperti BMW M3 Touring yang baru dilancarkan namun pameran model BMW tiga pintu ini jarang berlaku.

Ini kerana terdapat satu-satunya model sebelum ini yang menampilkan susun atur BMW E36/8-gen Z3 M Coupe.
Bercakap mengenai model ini, bahagian hadapannya sama seperti BMW Z4 atau dikenali sebagai 'kasut badut'.
Malah, ramai yang menganggap ia adalah pengganti kepada BMW Z3 Coupe kerana rupa parasnya yang sama.
Di sebalik gaya badan kasut badut yang serupa, kedua-dua model dikuasakan oleh enjin enam sebaris, manakala model konsep baharu mungkin menggunakan enjin 3.0 liter B58 yang digunakan dalam kebanyakan model BMW ketika ini.

Beralih kepada penggayaannya, bahagian hadapan Concept Touring Coupe mencerminkan Z4 gen semasa, dimana ia menampilkan hud hadapan yang memanjang sekali gus menyerlahkan lagi siluet kasut badut kereta itu.


Bahagian belakang pula menampilkan garis bumbung sporty wagon,/hatch , manakala fender belakang agak menggelembung.
Ini membuatkan ia agak sporty dan berotot.
Antara kelengkapan lain ialah rekaan jeriji buah pinggang bersama rim rekaan khas bersaiz 20 inci di depan dan 21 inci di belakang.

Bahagian kabin pula, Concept Touring Coupe dihias dengan bahan premium seperti upholsteri kulit Itali tulen dengan kemasan dua tona warna coklat gelap di bahagian atas bahagian pemuka hadapan dan berwarna perahng untuk seluruh kabin.



Di tempat lain, model itu didatangkan dengan susun atur kabin BMW yang tipikal, menampilkan susun atur dwi-skrin pada pemuka hadapan, walaupun bukan yang melengkung yang kita lihat pada beberapa model BMW baharu.
Semasa pelancarannya, jenama Bavaria tidak mendedahkan sebarang rancangan untuk menjadikan konsep ini sebagai model pengeluaran pada masa depan.

Bagaimanapun, pengarah reka bentuk BMW Group, Adrian van Hooydonk tetap terbuka dengan idea itu dengan menyatakan bahawa Concept Touring Coupe boleh menjadi model terbaharu selepas BMW 3.0 CSL edisi terhad.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge