ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

ChargeSini Kuasakan Fasiliti Pengecasan MINI EV di Melaka

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pembekal penyelesaian pengecasan EV tempatan, ChargeSini, telah menjalinkan kerjasama dengan BMW Group Malaysia dan pengedar jenama itu di Melaka, iaitu Seong Hoe Premium Motors. Kerjasama ini menyaksikan pembukaan fasiliti pengecasan baru MINI EV yang terletak  hanya 2 km dari Jonker Street - destinasi pelancongan terkenal negeri bersejarah itu.




Menurut Pengurus besar Seong Hoe Premium Motors, Loy Suan Chiow, permintaan yang meningkat bagi kenderaan elektrik dalam kalangan pelanggan di Melaka telah memberi dorongan kepada firma ini untuk menyediakan infrastruktur yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka, terutamanya kepada pelancong yang bercuti di sini pada hujung minggu atau semasa cuti yang panjang.


Pengasas dan CEO ChargeSini, James Goh, mengatakan bahawa syarikat rintisan atau startup tempatan ini berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada usaha pengembangan rangkaian pengecasan EV BMW Group Malaysia dan berharap untuk menjalankan lebih banyak kerjasama yang serupa di masa hadapan.


Dalam perkembangan lain, baru-baru ini ChargeSini telah mengadakan pengumpulan dana, di mana ia telah berjaya mengumpulkan lebih daripada RM5 juta yang bakal dimanfaatkan untuk membantu pertumbuhan syarikat.



Pengecas AC Nexus 22 kW (kiri) dan pengecas DC Stellar40 40 kW (kanan)


Kemudahan pengecasan baru MINI EV ini terletak di pintu masuk utama Bank of China di Jalan KSB 1, Taman Kota Syahbandar, Melaka. Kemudahan ini dilengkapi empat tempat letak kereta, dua pengecas AC Nexus 22 kW, dan satu kemudahan pengecas pantas DC Stellar40 40 kW dengan dua kabel output, kesemuanya dikuasakan oleh ChargeSini.


Pengecas yang dibuka kepada orang awam ini mengenakan bayaran minimum RM5 setelah pengesahan tempahan dibuat, diikuti oleh RM0.07 setiap minit untuk pengecasan 3.7 kW dan ke bawah, dan sehingga RM3.47 setiap minit untuk pengecasan 120 kW dan ke atas. 




Untuk mengatasi masalah kenderaan kekal di tempat pengecasan walaupun telah mencapai kapasiti penuh, caj tidak bergerak atau idle sebanyak RM1 setiap lima minit akan dikenakan. 


Pelancaran fasiliti pengecasan MINI EV terbaharu dari Seong Hoe Premium Motors dan ChargeSini ini merasmikan penyertaannya dalam rangkaian pengecasan BMW Group Malaysia dengan lebih 1,000 fasiliti tersedia di seluruh Malaysia yang turut dikuasakan oleh rakan kongsi lain selain ChargeSini. 


Selain daripada fasiliti pengecasan terbaru ini, BMW Group Malaysia merancang untuk memperluaskan lagi rangkaian pengecasannya sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan infrastruktur strategik yang ditetapkan untuk tahun hadapan. Pada masa ini, lebih daripada 100 kemudahan pengecasan BMW i dan MINI tersedia di kebanyakan pengedar berlesen BMW Group Malaysia serta fasiliti rakan kongsi lain di seluruh negara.






Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
EV

15-01-2026
Berita Auto

02-12-2025
Kereta Baru

21-07-2025
Kereta Baru

21-07-2025

Berita Terkini

EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.