Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?

(Dari kiri): Ketua Pegawai Eksekutif Gentari, Sushil Purohit; Shah; dan Ketua Pegawai Operasi Evolt, Kanchalerm Earsakul melancarkan titik pengecasan di Exchange Tower, Bangkok - Foto ihsan Gentari
Syarikat tenaga baharu milik PETRONAS, Gentari Sdn Bhd mengorak setapak ke hadapan apabila ia mula menyediakan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Thailand.
Menerusi Kerpenyedia infrastruktur pengecasan EV di Bangkok, Evolt Technology Company Limited (Evolt) menawarkan tiga titik pengecasan arus ulang alik (AC) di negara terbabit.
Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Shah Yang Razalli, berkata kerjasama dengan Evolt dapat memperkukuhkan lagi usaha Gentari ke dalam pembangunan infrastruktur serantau di Asia Tenggara.
"Matlamat kami yang lebih besar adalah untuk memperkukuh rangkaian mobiliti hijau merentasi pasaran utama di Asia Pasifik, dan perkongsian ini memainkan peranan penting dalam mencapai objektif itu, sambil memacu peralihan ke arah mobiliti mampan di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Evolt, Kanchalerm Earsakul berkata, stesen pengecasan itu adalah contoh terbaharu syarikat itu terhadap inovasi dan kemampanan dalam menawarkan teknologi maju dan perkhidmatan luar biasa.
"Kami percaya stesen ini akan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik. Kami tetap komited untuk menerajui peralihan kepada masa depan pengangkutan yang lebih bersih dan hijau," katanya.

Pengecas EV milik Gentari. - Foto Ihsan Gentari.
Sekadar info, Evolt memiliki lebih 10,000 pengecas AC dan arus terus (DC) yang dipasang di seluruh 77 wilayah di Thailand.
Mengenai Gentari pula, Gentari melalui entiti gabungannya, telah mewujudkan lebih 150 titik pengecasan di Malaysia sehingga semalam dan lebih 170 titik lagi di India.
Difahamkan, Gentari mahu menguasai 10 peratus bahagian pasaran (kira-kira 25,000 titik pengecasan berdasarkan anggaran semasa) merentasi pasaran utama di Asia Pasifik menjelang 2030.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM7953
SELANGOR
BST2774
JOHOR
JD2291J
PULAU PINANG
PSF1426
PERAK
APL348
PAHANG
CFH5564
KEDAH
KGH7466
NEGERI SEMBILAN
NEL5896
KOTA KINABALU
SJT7323
KUCHING
QAB4602P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


