Intro Synergy Nak Bawa Masuk Lebih Banyak EV

Selepas menayangkan kenderaan elektrik, Neta V pada Malaysia Autoshow 2023, Intro Synergy berhasrat untuk memperkenalkan lebih banyak model daripada jenama milik Hozon New Energy Auto.
Antaranya, Neta U dan Neta S. Bagaimanapun, kedua-dua model ini dijangka tiba di Malaysia sekitar tahun hadapan dan tahun 2025.


Anak syarikat milik penuh GoAuto Group itu juga menyatakan bahawa ia telah menandatangani perjanjian dengan Hozon Auto untuk melabur sehingga RM300 juta.

Ia bertujuan untuk membangunkan rangkaian jualan dan selepas jualannya, serta loji untuk pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.


Buat permulaan, Neta U akan tiba pada suku kedua tahun 2024, dimana jentera ini menampilkan gaya yang agak ekspresif memandangkan terdapat garis bumbung yang condong, lampu belakangnya agak lebar manakala lampu nyalaan siang hari adalah T.


SUV crossover ini menggunakan bateri litium ternary berkapasiti 54.32 (standard) atau 81.57 kWj (Pro) untuk menghamburkan kuasa 161hp (atau 120 kW) dan 210 Nm, atau 201 hp (atau 150 kW) dan 310 Nm dalam bentuk Neta U Pro yang lebih tinggi.
Sama seperti Neta V, Neta U turut menampilkan pelbagai teknologi termasuk paparan skrin antara muka, pembantu digital AI serta ciri pemanduan separa autonomi Tahap 2+.
Untuk makluman anda, Neta U agak besar sedikit berbanding Neta V. Buat masa ini, hanya Neta V dibawa masuk ke Malaysia Autoshow 2023.
Ia merupakan salah satu EV paling mampu milik setakat ini.


Mengenai Neta S pula, ia akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.
Reka bentuk bukan sahaja untuk tayangan semata-mata namun Neta mendakwa bahawa ia mampu memberikan daya seretan sekitar 0.216.
Antara eemen reka bentuknya adalah susunan lampu hadapan dwi-tingkat yang menampilkan DRL yang tipis, lampu belakang yang agak lebar dan pemegang pintu yang boleh ditarik balik.

Kapasiti bateri bagi Neta S adalah dari 43.51 hingga 91 kWh, dengan jarak perjalanan antara 310 km hingga 715 km. Dalam keadaan spesifik, Neta S didakwa mampu memberikan jarak 1,160 km untuk satu cas penuh — mengikut standard CLTC.

Untuk sistem janaan kuasa, Neta S boleh dipilih sama ada versi motor elektrik belakang dengan 231 PS (228 hp atau 170 kW) dan 310 Nm. Selain itu, ada juga versi pacuan semua roda dengan tambahan satu lagi motor elektrik di belakang dengan output yang sama.

Dikhabarkan, Neta S ini juga dilengkapi dengan 21 speaker, ada Augmented Reality (teknologi paparan skrin digital yang menggabungkan objek maya 2D atau 3D dengan alam nyata) dan sistem bantuan pemanduan pintar Neta Pilot.

Di sebalik Neta U dan Neta S, yang mana pilihan anda?

Jika berminat dengan Neta V, anda boleh membuat tempahan secara online sepanjang pameran Malaysia Autoshow 2023.

Jika menjadi 100 pelanggan terawal, anda akan menerima baucar bernilai RM10,000 dan boleh mendapatkan Neta V serendah RM89,800.
Harga asal Neta V adalah RM99,800.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7931
SELANGOR
BSR5459
JOHOR
JA1389J
PULAU PINANG
PSD7196
PERAK
APJ7713
PAHANG
CFH1450
KEDAH
KGH325
NEGERI SEMBILAN
NEK8946
KOTA KINABALU
SJT452
KUCHING
QAB1851P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
SAH! NETA V Dipasang Di Indonesia Mulai Mei Ini
PT NETA Auto Indonesia sudah bersedia untuk memulakan pengeluaran keretanya di kilang pemasangan tempatan (CKD) yang terletak di Ungu Bekasi, Indonesia.
12-03-2024
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV
Mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai waranti EV, jadi kami memberi sedikit tips untuk anda!
21-12-2023
Auto China 2024: Neta L Selamat Mendarat
Neta Auto secara rasminya melancarkan Neta L sempena pameran Beijing International Auto Show 2024, sebentar tadi.
25-04-2024
Jangan Beli Kereta Lagi, Tunggu Neta Aya! Mesti Murah
Neta Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan mendedahkan dua model terbaharunya pada tahun ini.
18-04-2024
SAH! NETA V Dipasang Di Indonesia Mulai Mei Ini
PT NETA Auto Indonesia sudah bersedia untuk memulakan pengeluaran keretanya di kilang pemasangan tempatan (CKD) yang terletak di Ungu Bekasi, Indonesia.
12-03-2024
Neta Malaysia Umum Penstrukturan Semula, Jamin Servis dan Waranti Tak Terjejas
Intro Synergy Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini melibatkan syarikat induknya dari China, Hozon Auto.
06-06-2025
Berita Terkini
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat