Pengguna Proton Boleh Cari & Bayar Parkir Guna Sistem Infotainmen?

Dari kiri: Mohd Hilmey, Nur Aishah, Abdul Halim, Li Pu dan Roslan pada majlis memeterai MoC di Shah Alam (Foto: HeiTech)
Tidak lama lagi pemilik kenderaan PROTON dapat mencari parkir dan membuat pembayaran parkir dengan lebih mudah, segalanya menggunakan infotainmen kereta!
HeiTech Padu Bhd (HeiTech) dan ACO Tech Sdn Bhd (ACO Tech) baru-baru ini telah memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk mengintegrasikan aplikasi Penang Smart Parking ke dalam Unit Utama Infotainment (IHU) PROTON. Teknologi yang dibangunkan ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Logo HeiTech
Kerjasama ini merupakan sebuah pencapaian penting bagi HeiTech dan ACO Tech. Menurut Presiden dan Timbalan Pengerusi Eksekutif HeiTech, Datuk Seri Mohd Hilmey Mohd Taib, usaha ini menunjukkan komitmen kedua belah pihak terhadap inovasi teknologi untuk meningkatkan mobiliti.

Ruang kabin Proton
"Penyelesaian tempat letak kereta pintar ialah platform pengurusan tempat letak kereta termaju yang menggunakan teknologi terkini seperti sensor, aplikasi mudah alih dan pengkomputeran awan untuk memberikan maklumat masa nyata tentang ketersediaan tempat letak kereta, lokasi dan harga.
"Oleh itu, ini membuktikan komitmen kami dalam meningkatkan kualiti hidup pemandu di Malaysia melalui penyelesaian termaju untuk memudahkan urusan harian mereka.
"Kami yakin pengintegrasian aplikasi Penang Smart Parking ke dalam kereta keluaran PROTON akan menjadi pengubah keadaan bagi industri automotif di Malaysia," katanya.

Sistem infotainmen Proton
Dengan teknologi ini, pemandu tidak perlu lagi membuang masa mencari tempat parkir kerana mereka dapat menggunakan IHU untuk mendapatkan petunjuk arah ke parkir terdekat dan melakukan pembayaran secara digital tanpa perlu menggunakan sebarang peranti mudah alih lain.
Penyelesaian tempat parkir pintar oleh HeiTech ini merupakan integrasi sistem tempat parkir pertama di Malaysia dan telah berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.
MoC itu ditandatangani oleh Naib Presiden Eksekutif HeiTech, Abdul Halim Md Lassim dan Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu di Pusat Kecemerlangan PROTON, Shah Alam.
Turut Hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah dan Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Pulau Pinang. Aishah Md Norodin.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat