- Berita
- Kereta Baru
- SUV 6/7 Tempat Duduk, Proton X90 Dilancarkan Secara Rasmi – Harga Dari RM123K, 4 Varian
SUV 6/7 Tempat Duduk, Proton X90 Dilancarkan Secara Rasmi – Harga Dari RM123K, 4 Varian

Dilancarkan secara rasmi hari ini, Proton X90 bersempena dengan ulang tahun ke-40 syarikat pengeluar. SUV tiga tempat duduk yang diletakkan lebih tinggi selepas X70 ini ditawarkan pada harga yang bermula dari RM123,800, harga atas jalan, tanpa insurans.
Empat varian ditawarkan:
- Varian dengan tujuh tempat duduk dalam konfigurasi 2-3-2: Standard, Executive dan Premium
- Varian enam tempat duduk dalam konfigurasi 2-2-2: Flagship
PRESTASI PROTON X90

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengasas Zhejiang Geely Group, Eric Li (Li Shufu) antara yang menghadiri majlis pelancaran X90 di MITEC
Dibina berdasarkan Geely Haoyue/Okavango, keemua varian dikuasakan oleh enjin yang sama iaitu enjin 3 silinder berpengecas turbo 1.5L dengan sistem suntikan bahan api terus yang digabungkan dengan sistem hibrid ringan 48V (MHEV) serta unit Belt-Driven Starter Generator (BSG) yang membuatkan kereta memiliki kemampuan menghasilkan kuasa setinggi 187 hp/300 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui sistem transmisi dwi-klac basah tujuh-kelajuan.
Menurut Proton, penggunaan sistem BSG meningatkan penjimatan bahan api kenderaan sehingga 15% serta memberikan output lebih tinggi berbanding sistem 1.5 TGDi biasa.
REKAAN DALAMAN DAN LUARAN PROTON X90
Berkepanjangan 4,835 mm dan lebar 1,900 mm dan jarak antara roda sejauh 2,815 mm, X90 adalah 316 mm lebih panjang, 69 mm lebih lebar dan memiliki jarak antara roda yang 145 mm lebih lebar berbanding X70.
Berikut adalah beberapa ciri Proton X90:
- Gril hadapannya dengan corak yang diinspirasikan daripada kain songket
- Konfigurasi enam tempat duduk bagi model Flagship
- Pendingin udara yang dipasang di bahagian siling untuk tempat duduk belakang
- Unit infotainmen 12.3 inci HD
- Teknologi arahan suara "Hi Proton" untuk mengawal infotainmen, tingkap dan penyejuk udara
- Kawalan dari jarak jauh dengan aplikasi Proton Link
- Sambungan wifi dan 4G
-full.jpg)

-full.jpg)
CIRI KESELAMATAN PROTON X90
Dari segi keselamatan, X90 hadir dengan beberapa ciri baharu seperti sistem amaran lintasan trafik belakang, amaran pelanggaran belakang dan pengecaman tanda lalu lintas.
HARGA PROTON X90

Model yang telah mula dihasilkan di kilang pengeluarannya pada Mac tahun ini kini sudah boleh ditempah dengan mengunjungi mana-mana bilik pameran Proton yang terdekat. Berikut adalah senarai harga jualan, atas jalan, tanpa insurans X90:
- Standard: RM123,800
- Executive: RM130,800
- Premium: RM144,800
- Flagship: RM152,800

Pembelian adalah termasuk pakej standard iaitu jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan, pakej data 1GB/bulan 5 tahun, dan buruh percuma sebanyak 6 kali.
ISTIMEWA UNTUK 4000 TEMPAHAN PERTAMA
-full.jpg)
Untuk 4,000 tempahan Proton X90 pertama akan menerima pakej data ekstra 4GB/bulan selama 5 tahun, Proton X-Watch bernilai RM1,499, serta program insurans Proton yang dinaiktaraf.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4381
SELANGOR
BSR6544
JOHOR
JA3846J
PULAU PINANG
PSD8517
PERAK
APJ9067
PAHANG
CFH1844
KEDAH
KGH1350
NEGERI SEMBILAN
NEK9485
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa Rating Keselamatan Proton X90 MC 2026 Ditarik Balik
𝐑𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤. 𝐈𝐧𝐢 𝐈𝐧𝐟𝐨 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔.
15-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Haoyue L Dilancar Di China, Adakah Generasi Seterus Proton X90 Akan Menyerupai Model ini?
Geely, telah mengemas kini model SUV Haoyue L yang merupakan generasi keduanya di pasaran China.
28-11-2025
Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac
Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.
01-03-2025
Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini
Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.
23-01-2025
Proton Meterai Kerjasama Dengan ANSA Motors
Proton X90 dan Proton X50 laku keras di negara kepulauan Caribbean.
23-08-2024
Berita Terkini
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat