Tiada Lagi Subsidi Bahan Api Untuk T20

Golongan T20 tidak lagi dapat menikmati manfaat subsidi bahan api yang bakal disasarkan hanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, umum Datuk Seri Ahmad Maslan.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan itu, lebih daripada RM50 bilion telah digunakan untuk memberikan subsidi bahan api seperti RON95, diesel, dan petrol, yang dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, termasuk golongan T20.

"Kita tidak mahu orang kaya mendapat lebih daripada orang kurang berkemampuan. Mereka sudah semakin ramai dan kereta pun lebih besar berikutan RON95 diberi subsidi RM2.05 seliter.
"Mereka mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar petrol berbanding kumpulan M40 dan B40 yang mempunyai kereta lebih kecil malah menunggang motosikal," tambahnya.

Oleh itu, keperluan untuk memperbaiki mekanisme subsidi semasa adalah penting demi memastikan subsidi yang diberikan dapat mencapai sasaran utamanya, iaitu untuk membantu golongan yang lebih memerlukan, kata beliau.
Tambahnya lagi, perkara ini bagaimanapun tidak memberi kesan kepada pengusaha bas seperti bas sekolah, yang masih akan menerima subsidi diesel agar harga tambang dapat dikekalkan bagi mengurangkan beban rakyat.
Dengan mekanisme subsidi yang lebih bersasar dan tertumpu seperti yang dilakukan tahun lalu, kerajaan berjaya menjimatkan RM4 bilion (Januari-Julai) selepas subsidi elektrik dihapuskan kepada syarikat dan perusahaan.
"Inilah sebabnya kita melihat keperluan melaksanakan sistem subsidi yang betul kerana hasil yang kita simpan boleh kembali kepada rakyat. Kerajaan boleh membina lebih banyak hospital, klinik dan sekolah," tambahnya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pada hari Khamis lalu bahawa subsidi bahan api bersasar untuk petrol RON95 dan diesel akan mula dilaksanakan tahun depan.

Beliau menyatakan bahawa Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersetuju dalam mesyuarat pada hari Rabu untuk mewujudkan pangkalan data bersepadu bagi memastikan keberkesanan inisiatif tersebut.
Salahuddin turut menyatakan bahawa perbincangan melibatkan kementeriannya, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, “Kesemua kementerian ini melihat dan sedang menyiapkan satu pangkalan data bersepadu bagi proses penyelarasan data yang berkesan.
“Semua agensi dan kementerian sudah ada pangkalan data masing-masing, cuma kita perlu selaraskan semuanya dan pastikan ia tepat dan berkesan apabila ia (subsidi bersasar diesel) dilaksanakan,” katanya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge