- Berita
- Berita Auto
- Toyo Tires Lancar Tayar Berprestasi Tinggi: Lebih Cengkaman, Lebih Stabil, Harga Dari RM700
Toyo Tires Lancar Tayar Berprestasi Tinggi: Lebih Cengkaman, Lebih Stabil, Harga Dari RM700

Majlis pelancaran Proxes Sport 2
Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd (Toyo Tires) telah melancarkan secara rasmi tayar terbaharu, Proxes Sport 2 yang telah dibangunkan dengan teknologi terkini, inovasi khas untuk memberikan kepuasan pemanduan sebenar kepada peminat kereta berprestasi tinggi.

Proxes Sport 2, tayar yang direka khas untuk kenderaan berprestasi tinggi
Berbeza dengan keluaran sebelum ini, Proxes Sport 2 tampil dengan dia ciri terkini iaitu kestabilan pengendalian dan cengkaman yang lebih baik pada permukaan basah. Cengkaman tayar yang sempurna membantu pemandu melalui selekoh dengan mudah demi keselamatan dan kestabilan yang tinggi tanpa mengira cuaca.

Corak yang sesuai membantu meningkatkan pembrekan kenderaan di atas permukaan basah
Ciri yang memberikan tayar daya cengkaman dan kestabilan yang hebat pada permukaan basah dan kering ialah corak reka bentuk asimetri unik. Selain itu, bahan yang digunakan dalam penghasilan tayar ini juga memberikan kesan yang besar kepada prestasinya.

Bahan yang dipilih dalam penghasilan tayar juga membantu meningkatkan prestasi
Presiden/Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd, Encik Tan Song Chye berkata “Proxes Sport 2 dioptimumkan untuk kuasa tork yang tinggi bagi pemanduan yang megujakan untuk semua pemandu. Dengan komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan, kami yakin bahawa tayar ini akan menjadi pilihan utama bagi pemandu yang mencari tayar berprestasi tinggi.

Saiz yang ditawarkan untuk Proxes Sport 2
Proxes Sport 2 boleh didapati dalam 31 saiz untuk kereta dari segmen C (termasuk segmen eksekutif kompak) kepada segmen F, di mana-mana Pusat Tayar Toyo, bermula dari harga RM700 hingga RM1,300 setiap tayar, bergantung kepada saiz tayar yang terpilih.

Sesi pandu uji tayar Proxes Sport 2 bersama media di Resorts World Awana
TAYAR OPEN COUNTRY A/T III (OPA/T 3)
Selain tayar untuk kereta berprestasi tinggi, turut diperkenalkan ialah tayar yang sesuai untuk kegunaan semua permukaan jalan, Open Country A/T III (OPA/T 3). Tayar serba boleh ini memiliki alur sisi dan corak bunga yang menjanjikan cengkaman offroad yang lebih baik, tanpa mengira jenis permukaan, sama ada tanah atau laluan dengan batuan kerikil.

Dua teknologi penting digabungkan dalam penghasilan tayar ini, T-Mode dan Nano Balance untuk menawarkan keseimbangan, keselesaan dan prestasi yang hebat.

Tayar all-terrain ini ditawarkan dalam 14 saiz berbeza dengan harga yang bermula daripada RM500 ke RM1,200, bergantung kepada saiz tayar.
Untuk maklumat lanjut mengenai Proxes Sport 2, Open Country A/T III, dan produk Tayar Toyo yang lain, sila layari www.toyotires.com.my.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat