Toyota Yaris Cross 2023 Dilancarkan Di Indonesia, Guna Platform DNGA

PT Toyota Astra Motor (Toyota Indonesia) telah meluaskan portfolio produk dengan melancarkan SUV Toyota Yaris Cross terbaharu.
Untuk pengetahuan pembaca, SUV segmen-B yang telah dilancarkan di Indonesia berbeza dari Toyota Yaris Cross berdasarkan TNGA yang terdapat di pasaran Eropah dan Jepun, kerana ini adalah produk yang dibangunkan khusus untuk pasaran rautau ASEAN.
DIMENSI TOYOTA YARIS CROSS 2023

Berbeza dengan TNGA, Yaris Cross Indonesia menggunakan platform DNGA - platform yang sama digunakan dalam banyak model Toyota lain di negara ini. Dengan panjang 4,310 MM, lebar 1,770 MM, dan jarak roda 2,620 MM, Yaris Cross lebih besar berbanding Toyota Raize/Daihatsu Rocky/Perodua Ativa, yang berkepanjangan 4,065 MM, lebar 1,710 MM, dan jarak roda 2,525 MM.
Ini menjadikan pesaing terdekat Yaris Cross ialah Honda HR-V. Honda HR-V generasi ketiga mempunyai panjang 4,385 MM, lebar 1,790 MM, dan jarak roda 2,610 MM - tidak terlalu jauh berbeza dengan Yaris Cross.
Yaris Cross Indonesia ditawarkan dalam enam varian, dengan lima daripadanya menggunakan enjin 2NR-VE 1.5 liter 4-silinder aspirasi natural dengan hamburan kuasa 105 hp/138 Nm, enjin yang sama digunakan dalam beberapa model Toyota termasuk Vios dan Veloz baharu. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan atau kotak gear automatik CVT, bergantung pada varian.

Model ini turut ditawarkan dalam satu-satunya varian hibrid (HEV) GR Sport, dikuasakan oleh sistem hibrid siri-selari. Sistem ini terdiri daripada enjin 1.5L 4-silinder aspirasi natural dengan output 90 hp/121 Nm yang dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 79 hp/141 Nm. Motor elektrik ini dikuasakan oleh bateri litium-ion. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui transmisi CVT. Output keseluruhan Yaris Cross GR Sport Hybrid adalah 110 hp.

Secara visual, Yaris Cross untuk pasaran ASEAN mempunyai reka bentuk hadapan yang lebih menarik dengan sudut yang tajam berbeza dengan model Eropah. Ini kerana rekaan lampu hadapan LED yang tajam dan gril depan berbentuk trapezoid yang besar. Bahagian depan juga dipenuhi dengan elemen-elemen berbentuk segi tiga seperti pada sekeliling lampu kabus depan dan bahagian bawah bukaan bampar depan.

Dari tepi, Yaris Cross memiliki bentuk badan ‘kotak’ sebuah SUV dengan rel bumbung yang membuatkannya kelihatan sesuai untuk perjalanan ‘off-road.’ Bukan sekadar gaya, kerana menurut Toyota, SUV ini boleh menempuhi laluan off-road ringan atau tidak terlalu mencabar kerana memiliki panel rocker yang tinggi.
KABIN TOYOTA YARIS CROSS 2023
Di dalam kabin, Yaris Cross memiliki reka bentuk kokpit yang mesra pemandu dengan konsol tengah yang terletak ke arah pemandu. Antara kelengkapan model ini ialah sistem infotainmen skrin sentuh yang bersaiz 10.1 inci, ia boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa memerlukan wayar.

Selain itu, model ini menggunakan paparan instrumen digital bersaiz 7 inci, tempat duduk yang boleh dilaraskan secara automatik, bumbung suria, pencahayaan ambien, pad pengecas tanpa wayar, serta kemudahan bukaan pintu belakang secara automatik.

Dari segi keselamatan, model ini lengkap dengan ciri keselamatan pasif yang standard iaitu enam beg udara, ABS dengan EBD dan VSC. Untuk ciri keselamatan aktif, kereta ini dilengkapi dengan pakej ADAS Toyota Safety Sense (TSS) terkini yang termasuk teknologi Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan sebagainya.
Pemasangan model ini dibuat secara CKD di kilang Toyota Indonesia di Karawang. Toyota Yaris Cross kini dijual di Indonesia, dengan harga bermula dari IDR 350 juta (sekitar RM106,000) untuk varian asas, Yaris Cross G-MT. Sementara itu, varian teratas, GR Sport Hybrid pula dijual pada harga yang lebih tinggi, iaitu IDR 460 juta (sekitar RM140,000).

Buat masa ini, tidak pasti sekiranya UMW Toyota Motor merancang untuk memperkenalkan Yaris Cross baharu ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota bZ4X Dilancarkan Di Thailand & Indonesia – Malaysia Tidak Lama Lagi?
Pasaran kenderaan elektrik (EV) Asia Tenggara dimeriahkan dengan pelancaran Toyota bZ4X di Thailand dan Indonesia. Ini spesifikasi model tersebut di kedua-dua negara itu.
13-11-2022
Generasi Ketiga Avanza, Veloz Dilancarkan - Harga Bermula Dari RM60K!
Veloz akhirnya dilancarkan di Indonesia baru-baru ini.
22-11-2021
Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu
Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?
05-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
DUKE: SUV Terbakar, Nahas Babit 3 Kenderaan
Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya DUKE dari arah Duta menghala ke Ampang, di sini, hari ini.
19-01-2026
GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi
GWM Malaysia telah menamakan semula WEY 80 kepada GWM WEY 9, baru-baru ini.
17-09-2025
Lagi Kemalangan Maut Di LPT 1
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang memandu tanpa lesen maut di LPT 1.
19-08-2025
Lagi Model BYD Bakal Dilancar, Kali Ini, Denza N9, Macho Habis
BYD Denza N9 akan dilancarkan secara rasminya pada Mac ini.
04-02-2025
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
