Bak Kata Orang Kecil-Kecil Cili Api

Selepas beberapa imej Volvo EX30 bocor di internet, jentera itu akhirnya membuat kemunculan sulungnya secara global semalam.
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) itu adalah kenderaan elektrik (EV) paling kecil Volvo dan paling murah.
Ciri-ciri ini membuatkan ia menjadi model pengeluaran terpantas setakat ini.
Untuk pasaran Eropah, EX30 ditawarkan dengan tiga pilihan rangkaian kuasa yang disumbat dengan dua jenis bateri berbeza.
Versi standard dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 268 hp dan 343 Nm.
Ia mampu melakukan perjalanan sejauh 344 kilometer (km).
Bagi spesifikasi pertengahan, ia dilengkapi dengan motor tunggal Extended Ranfe dimana tetapan motor dipasang di belakang iaitu sama dengan versi model standard.

Ia pula menggunakan pek bateri nikel-mangan-kobalt (NMC) berkapasiti 69-kWh.
Saiz pek yang lebih besar dan komposisi kimia yang berbeza memberikan varian ini jarak gerak sehingga 480 km.
Sementara itu, versi motor elektrik berkembar menawarkan sistem pacuan semua roda dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 422hp dan 543Nm.
SUV terkecil ini juga mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 3.6 saat.
Dengan adanya pengecasan pantas DC sehingga 153 kW, ini membolehkan pengecasan 10 hingga 80 peratus hanya dalam masa 26 minit.
Pek bateri berkapasiti 69-kWh pula menyokong pengecasan pantas sehingga 134 kW. Ia mengambil masa 26 minit untuk mencapai pengecasan dalam 80 peratus.

Secara visual, EX30 mempunyai persamaan yang sangat hampir dengan abangnya SUV EV EX90.
Ini kerana bahagian hadapannya juga menggunakan reka bentuk lampu hadapan Thor's Hammer LED selain mengapit fascia hadapan tanpa gril di mana lambang Iron Mark diletakkan.
Bahagian belakangnya juga agak sama dengan EX90 dimana EX30 memaparkan reka bentuk lampu belakang LED yang berasingan membuatkan ia saling tidak tumpah seperti EX90.

Selain daripada lencana kereta dan dimensi keseluruhan, satu-satunya cara untuk membezakan antara kedua-dua model adalah dengan melihat profil sisi memandangkan EX30 didatangkan dengan garisan badan yang menaik dan berakhir pada tiang-C sekali gus memberikan ilusi optik bumbung terapung.
Bergantung pada varian, EX30 menawarkan rim bersaiz dari 18 hingga 20 inci. Terdapat lima warna bilah yang boleh dipilih namun Moss Yellow adalah warna terbaharu buat masa ini.


Menjengah bahagian dalamannya pula, ia dihidangkan dengan skrin tengah 12.3 inci dan menampilkan pelbagai peralatan teknologi canggih dan kemudahan moden.
Sistem infotainmen EX30 boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. U


Apa yang menarik, terdapat pembesar suara jenis soundbar pada bahagian atas papan pemuka dan bukannya di tepi pintu seperti mana yang ada pada kebanyakan kereta.
Untuk makluman, terdapat empat reka bentuk dalaman untuk dipilih, dengan kesemuanya menggunakan bahan kitar semula dan boleh diperbaharui.
Bukan itu sahaja, sistem pencahayaan ambien EX30 didatangkan dengan lima tema berbeza, dengan setiap satu daripadanya dipasangkan dengan bunyi ambien.
Selain berita ini, Volvo ada mengumumkan bahawa versi EX30 yang lebih lasak, digelar sebagai Volvo EX30 Cross Country, akan membuat penampilan sulungnya pada tahun tahun depan.


Apapun berbalik kepada EX30 ini, harga EX30 bermula pada £33,795 (RM193,677) untuk varian standard.
Penghantaran untuk EX30 dijangka bermula awal tahun depan, dengan tempahan untuk pasaran terpilih termasuk Eropah dan Amerika Utara telah pun dibuka.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat