Jangan Risau, Innova Lama Masih Ada
Sudah menjadi lumrah sejurus tibanya model baharu maka, model sebelum ini terpaksa diberhentikan namun lain pula bagi model Toyota Innova Zenix 2023 kerana model lama masih lagi dijual di pasaran tempatan memandangkan ia masih menerima permintaan.
Perkara itu disahkan pihak UMW Toyoto Motor ketika kami menggasak soalan kepada pihak pengurusan tertinggi Toyota mengenai status Innova lama.

Ketika sesi pratonton Toyota Innova Zenix 2023 di ibu pejabat UMW Toyota Motor di Shah Alam semalam, CariCarz.com sebenarnya sudah mengetahui bahawa pihak UMWT akan meneruskan pengeluaran model kerangka ladder frame, Innova RWD yang menggunakan platform IMV semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berterusan.
Ini bermakna kedua-dua model lama berasaskan IMV dan pengganti berasaskan TNGA baharunya yang dilancarkan tadi akan dijual secara serentak.
Lagipun, Malaysia bukanlah satu-satunya pasaran yang menyaksikan kedua-dua model Innova lama dan baharu dijual serentak .

Untuk pengetahuan anda, strategi sama turut “dimainkan”di dua pasaran terbesar jualan Innova khusunya di Indonesia dan India.
Innova dikenali sebagai Toyota Kijang Innova Zenix di Indonesia manakala Innova Crysta di India.
Model ini mempunyai daya tarikan yang luar biasa memandangkan kos platformnya yang agak rendah, mampu membawa muatan berlebihan dan ia menggunakan formula jarak kelegaan tanah yang tinggi.

Pendek kata, dengan adanya ciri ini, Innova lama sesuai digunakan untuk merentasi permukaan jalan tidak rata di kedua-dua negara berkenaan.
Ini jelas terbukti bahawa Innova lama ini mencerminkan ketahanan, fleksibiliti dan kekukuhan casis rangka tangga IMV yang sama digunakan dalam trak pikap Hilux 4x4 semasa dan kembarnya, Fortuner 4x4.
Bagaimanapun, untuk pasaran Malaysia, CariCarz.com difahamkan bahawa jualan dan pengeluaran Innova akan diteruskan seperti biasa kerana terdapat permintaan daripada sektor komersial selain pelanggan yang mahu mencari kereta pada harga mampu milik.


Sebaliknya, UMWT yakin bahawa Innova Zenix baharu berasaskan TNGA akan menarik kepada profil pelanggan yang baharu.
Secara khususnya, model baharu ini disasarkan kepada pembeli yang mahu mencari teknologi moden dan mewah, ala Harrier, yang dipersembahkan dalam pelbagai kenderaan bersaiz lebih besar, ala Alphard/Vellfire.
Innova versi import sepenuhnya (CBU) ini dijual pada harga RM165,000 (versi 2.0 V) manakala 2.0 HEV pula berharga RM202,000.
Sementara itu, Innova yang dibina berdasarkan IMV pula dijual pada harga RM133,880 (2.0 G) dan RM141,880 (2.0 X).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge