ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jimny Rhino Dah Masuk M'sia, Ada 30 Biji Je

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Naza Eastern Motors Sdn Bhd melancarkan secara rasminya Suzuki Jimny Edisi Rhino, untuk pasaran Malaysia, baru-baru ini.

Edisi khas ini bertujuan menarik minat penggemar kenderaan pacuan empat roda khususnya model ikonik keluaran Suzuki Jimny selain memberi pengalaman pemilikan yang luar biasa buat pelanggan.

Sempena pengenalan edisi baharu ini, acara “Jimny Lifestyle Drive” turut dianjurkan.

image.pngimage.png

Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Automotive, Mohd Rizal Jailan.

Kira-kira 30 pemilik Jimny menyertai pemanduan konvoi dari Bilik Pameran Suzuki Cars Petaling Jaya ke Pusat Latihan & Pengalaman 4WD Malaysia (M4TREC) di Semenyih.

Ketua Pegawai Operasi Naza Eastern Motors,Mohamad Irwan Shahril telah mengumumkan edisi khas Jimny Rhino diikuti demonstrasi dan Latihan off-road dipersembahkan oleh tenaga pengajar Suzuki Jimny.

“Kami di Suzuki Cars Malaysia amat berbangga memperkenalkan edisinkhas Jimny Rhino ini dengan penggayaan unik seterusnya dapat meningkatkan pengalaman pemanduan keseluruhan kenderaan pacuan empat roda ini. 

“Apa yang menarik, kami juga menawarkan Kit Jimny Rhino Kit bernilai RM15,000 buat semua pemilik Jimny sedia ada, sekali gus membolehkan mereka juga menikmati penambahbaikan yang sama seperti varian baharu tersebut,”katanya dalam satu kenyataan.

image.pngimage.png

Inisiatif itu mempamerkan komitmen mereka untuk meningkatkan pengalaman pemilikan dimana kesemua pelanggan kami mendapat peluang untuk memberi sentuhan peribadi kepada kenderaan mereka mengikut citarasa mereka.

Mengulas lanjut mengenai komitmen mereka, beliau berkata,  “Suzuki Cars Malaysia berhasrat untuk mengukuh kesetiaan jenama dan pengekalan pelanggannya dengan menyediakan pengalaman luar biasa bagi pemilik Jimny. 

“Sebagai pengedar rasmi kereta Suzuki di Malaysia, kami komited untuk menyediakan kenderaan dan perkhidmatan berkualiti tinggi, memastikan kepuasan pelanggan dan membangun reputasi jenama di pasaran,” tambahnya.

Untuk makluman anda, Naza Eastern Motors mula memperkenalkan Suzuki Jimny All Grip pada Julai 2021 dengan menyediakan beberapa warna di pasaran. 

image.png

Bagi Jimny edisi Rhino ini pula, ia boleh didapati dalam warna putih mutiara tulen dan dilengkapi tanda logo ikonik Rhino yang memberi penghormatan kepada warisan siri Suzuki SJ, Jimny generasi kedua yang pertama kali muncul 41 tahun lalu.

 Edisi ini terhad kepada pengeluaran sebanyak 30 unit sahaja.

image.png

Jimny edisi Rhino ini berharga RM174,900 dan menawarkan pelbagai ciri eksklusif serta naik taraf untuk peminat kenderaan pacuan empat roda.

Keistimewaannya ialah pelekat merah, kelabu dan hitam yang tertera pada hud dan profil, dengan perkataan "Real Offroader" dan grafik Rhino. 

image.png

Turut mendapat sentuhan ialah ciri nostalgia seperti gril Suzuki Heritage yang sepadan cermin sisi chrome, bersama bamper sisi dan hadapan selain mud flaps merah dengan ejaan "Jimny" berwarna putih, dan penutup tayar ganti belakang dengan logo Rhino. 

image.png

Pengadang pembezaan hadapan dan belakang serta deflector hujan dan angin dipasang sebagai perlindungan tambahan.

Bagi yang berminat, Jimny edisi Rhino kini boleh didapati di Bilik Pameran Suzuki Cars di Naza Automall, Petaling Jaya.

image.png

Untuk maklumat lanjut mengenai Suzuki Jimny edisi Rhino atau menempah pandu uji, sila hubungi wakil Naza Eastern Motors di talian 010 274 4480(Faiz) atau 012 584 0068 (Khairul).

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6845

SELANGOR

BSU3764

JOHOR

JF6065J

PULAU PINANG

PSG3794

PERAK

APM1960

PAHANG

CFJ647

KEDAH

KGJ4457

NEGERI SEMBILAN

NEM2595

KOTA KINABALU

SJU5267

KUCHING

QAB7463P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

07-10-2026
Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

05-02-2026
Kereta Baru

16-01-2026
Kereta Baru

31-12-2025
Kereta Baru

17-12-2025
Kereta Baru

24-06-2025
Kereta Baru

24-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.