Jualan Melonjak Sebab No 1 Di Hati Rakyat M'sia

Nampaknya, pengeluar kereta nasional, PROTON terus mencatatkan rekod yang cukup positif apabila ia meningkatkan jualannya pada bulan lepas.
Dikhabarkan, jualan Proton melonjak kembali memandangkan jualannya agak perlahan pada suku kedua tahun ini.
Ia susulan daripada pasaran automotif Malaysia terjejas berikutan cuti perayaan dan penamatan penghantaran untuk kereta yang dikecualikan cukai Mac lalu.
Selain jualan semakin meningkat pada bulan lepas, pelancaran Proton X90 pada bulan Mei turut meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada Proton.
Perkara itu diakui sendiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

“Bulan Mei tidak dapat dilupakan oleh pengeluar kereta nasional itu bukan sahaja dari segi pencapaian jualan tetapi juga kerana ia melancarkan Proton X90 dan meraikan ulang tahun ke-40 pada bulan yang sama.
"Kami berasa rendah diri dengan angka yang dipaparkan dan peningkatan 40 peratus dalam jualan adalah ganjaran yang adil untuk usaha kami, tetapi masih ada tujuh bulan lagi bagi 2023 dan syarikat sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai X90, beliau berkata, permintaan untuk Proton X90 adalah kukuh kerana pelanggan memanfaatkan pakej 'early bird' yang menawarkan aksesori, Proton X-Watch, pakej data dengan 4GB percuma selama lima tahun dan faedah insurans yang dipertingkatkan.
"Syarikat juga akan mengadakan lebih banyak pelancaran produk baharu dan memperkenalkan kemas kini kepada model kami yang sedia ada serta membuat penampilan pertama kami dalam pasaran EV (kenderaan elektrik) melalui anak syarikat, Pro-Net, jadi terdapat banyak aktiviti untuk sepanjang 2023," tambahnya.
Berbalik kepada angka jualan, sebanyak 13,268 unit yang merangkumi pasaran domestik dan eksport dijual bulan lalu.

Ini bersamaan dengan pertumbuhan jualan sebanyak 40.9 peratus berbanding April dan peningkatan sebanyak 35.5 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.
Malah, jualan untuk lima bulan pertama tahun ini berjumlah 62,970 unit, peningkatan tahunan sebanyak 38.9 peratus yang juga pertumbuhan tertinggi bagi mana-mana jenama dalam pasaran automotif Malaysia.
Sementara itu, jumlah keseluruhan industri (TIV) dianggarkan meningkat semula sebanyak 32.2 peratus pada Mei, dengan jualan 61,600 unit dan hasilnya, pegangan pasaran PROTON dianggarkan pada 21.5 peratus untuk bulan berkenaan dan 20.9 peratus untuk tahun ini.

PROTON TEMBUSI PASARAN EKSPORT
Jenama PROTON memasuki pasaran eksport baharu pada Mei, pasaran pertamanya untuk 2023 dan ke-12 secara keseluruhan, apabila ia diperkenalkan pada 24 Mei di Mozambique.
Sebagai permulaan, pengimport tempatan menawarkan Proton X70 dan Proton X50 yang menampilkan ciri keselamatan serta kemewahan mampu milik sebagai ciri jualan unik.

Selain memasuki pasaran baharu, Mei juga adalah bulan terbaik untuk jualan eksport setakat ini untuk 2023 dengan 217 unit dihantar kepada pengedar antarabangsa, yang didahului oleh Proton Saga.
Sorotan pasaran eksport lain untuk bulan itu termasuk jualan 50 unit di Brunei, yang bulan jualan terbaik di pasarannya, mengatasi 43 unit yang dijual pada bulan April 2021.
Bagi jualan keseluruhan, Proton Saga mengekalkan kedudukannya sebagai model terlaris dengan 5,819 unit terjual pada Mei.
Pencapaian itu meletakkannya di tempat kedua secara keseluruhan untuk sedan segmen A dengan 27,214 unit terjual setakat ini, peningkatan yang luar biasa sebanyak 51 peratus berbanding tahun sebelumnya.
3 MODEL LARIS
Terdapat tiga model PROTON masih menerajui jualan keseluruhan segmen.

Proton X50 terus mendahului jualan segmen B dan keseluruhan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan 2,801 unit terjual bulan lalu, manakala Proton Persona pula kekal di tangga teratas sedan segmen B, walaupun menduduki tempat kedua untuk jualan dengan 2,290 unit.
Sementara itu, Proton Exora pula mencapai jualan 440 unit untuk kekal di tangga teratas pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen C.
Pertumbuhan jualan setakat tahun ini bagi tiga peneraju segmen ialah 31 peratus untuk Proton X50, 78 peratus untuk Proton Persona dan 39 peratus untuk Proton Exora, membuktikan permintaan untuk model PROTON kekal kukuh walaupun ada saingan daripada pesaing baharu.
Sementara itu, 929 unit Proton X70 dijual pada bulan Mei manakala Proton X90 serba baharu menamatkan tiga minggu pertamanya dengan jualan sebanyak 257 unit, meletakkannya di tempat kedua dalam pasaran SUV segmen D.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge