Keluarga Mercedes A-Class, Harga Marhaen Tau!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) secara rasminya melancarkan keluarga A-Class facelit ke pasaran tempatan sempena acara Mercedes-Benz Driving Experience yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, pagi tadi.
Antara yang ditawarkan ialah varian A200 Progressive Line, A 250 4MATIC AMG Line dimana masing-masing dijual pada harga RM 238,888 manakala A250 pula dianggarkan sekitar RM 264,888.
Kedua-dua varian ini adalah versi pemasangan tempatan (CKD) yang dilakukan di Pekan, Pahang.


Selain dua varian ini, turut diperkenalkan ialah model facelift W177 Mercedes-AMG A35 4Matic dan A45 S 4Matic+.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai dua model ini akan disiarkan dalam satu laporan berasingan.
Berbalik kepada varian A 250, ia disumbat dengan enjin turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa 224hp dan tork 350Nm.

Rangkaian kuasa itu membolehkannya ia memecut dari 0-100km/j hanya dalam masa 6.4 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 250km/j.
Sementara itu, sistem penjana pemula bersepadu (ISG) yang disambungkan ke enjin dan berfungsi seiring dengan enjin pembakaran dalaman untuk memberikan kuasa tambahan pada pecutan sekitar 10 kW (14 HP) dan 150 Nm.
Apa yang pasti ia menjanjikan pemulaan enjin yang lebih lancar serta kecekapan bahan api yang lebih baik.
Bagi A200 pula, ia dijana dengan enjin empat siliner bersesaran 1.3 liter turbo dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 163hp dan tork 270Nm.
Dipadankan dengan kotak gear tujuh kelajuan automatik klac berkembar, ia mampu memeceut dari 01-00km/j dalam masa 8.3 saat dengan pecutan maksimum 230km/j.


Bagaimanapun, perubahan pada bahagian luaran dalam kedua-dua varian ini adalah agak sederhana.
Ia dipasang dengan lampu depan yang diubah suai ringan dengan DRL LED bar tunggal baharu di atas setiap lampu depan ala C-Class.
Sebelum ini, ia berbentuk- L. Reka bentuk lampu belakang juga diubahsuai sedikit untuk kedua-dua varian ini.
Rekaan bampar hadapan juga agak baharu dimana ia memaparkan keterbukaan salur masuk bawah yang berbeza manakala gril hadapannya berbentuk sedikit heksagon.
Bagi bahagian tayar, A200 kini menggunakan unit dwi-ton 17-inci baharu manakala A250 mendapat unit 18-inci gaya AMG yang turut menggunakan kemasan dwi-ton.


Menjengah bahagian dalamannya, susun atur kabinnya agak sama tetapi pad sentuh tengah kini dipindahkan lebih tinggi pada konsol.
Terdapat juga butang untuk menekan mod pemanduan Akses Dinamik, serta sensor cap jari.
Persediaan skrin berkembar bersaiz 10.25-inci juga dikekalkan tetapi ia kini menjalankan perisian MBUX terbaharu yang menawarkan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.


Bagi A250 berspesifikasi lebih tinggi, modul Kawalan Stereng Aktifnya telah dinaik taraf dengan ketara.
Ia kini menyokong tempat letak kereta, termasuk bantuan tempat letak kereta dan kamera 360 darjah dengan pengimejan 3D.
Melihat kepada harga yang ditawarkan, apa pula pandangan anda.
Namun seperti sebelum ini, kedua-dua harga termasuk liputan waranti perbatuan tanpa had standard MBM selama 4 tahun.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA4064
SELANGOR
BSQ3900
JOHOR
JYX3845
PULAU PINANG
PSC5359
PERAK
APH7131
PAHANG
CFG6121
KEDAH
KGG2315
NEGERI SEMBILAN
NEK4981
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8601N
Terakhir Kemas Kini 29 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz Malaysia Tayang Imej Teaser GLC
Mercedes-Benz Malaysia sudah mula memberi bayangan bahawa pihaknya akan melancarkan sebuah model kenderaan utiliti sukan secara rasminya pada minggu hadapan.
30-03-2023
Mercedes Benz AMG A45S Review Pandu Uji | Adakah Ini AMG Pilihan Anda?
Mercedes-AMG A45 S 2022 Review Pandu Uji | Adakah Ini AMG Pilihan Anda? Walaupun mahal, ia tetap memberikan kepuasan berganda.
27-01-2023
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
