Nak Jadi Jenama Elektrik, RR Mungkin Guna Hidrogen

Rolls-Royce (RR) mempertimbangkan untuk menggunakan hidrogen sebagai bahan api alternatif pada masa depan memandangkan ia akan menjadi jenama elektrik sahaja menjelang tahun 2030.
Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce, Torsten Müller-Ötvös berkata, pihaknya sudah membuka pintu untuk mempertimbangkan penggunaan hidrogen pada masa hadapan.
Beliau memberikan bayangan bahawa Rolls-Royce mungkin akan beralih daripada bateri konvensional kepada kenderaan yang menggunakan sel bahan api hidrogen untuk kereta elektrik masa depan.
Syarikatnya yang cukup terkenal dengan penggunaan enjin V12 dilihat dapat memanfaatkan daripada teknologi pembakaran hidrogen.
"Jika hidrogen akan digunakan pada masa akan datang, jadi ia perlulah sistem sel bahan api. Sistem ini tidaklah jauh beza dengan sebuah bateri, ia adalah berkenaan cara anda untuk mendapatkan tenaga.
“Jadi mengapa tidak kami gunakan hidrogen? Saya akan berkata demikian apabila masa yang sesuai untuk kita, dan apabila teknologi jauh lebih maju, ia pasti sesuatu yang akan buru untuk Rolls-Royce. Kami mungkin mengeluarkan bateri, dan kami mungkin memasuki sel bahan api,” katanya kepada kepada Autocar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Müller-Ötvös berpendapat teknologi tersebut mempunyai tempat pada masa akan datang, terutamanya untuk kebanyakan kereta Rolls-Royce yang tidak digunakan untuk perjalanan jarak jauh.
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa mengisi minyak hidrogen adalah sukar dan tidak boleh dilakukan di rumah.
Ia bukannya seperti EV yang boleh dicas di rumah, sebaliknya si pemilik kereta hydrogen akan berdepan dengan kesukaran untuk melakukan pengisian bahan api apabila diperlukan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa Rolls Royce bakal melancarkan BEV elektrik pertamanya, Spectre pada suku keempat tahun ini.

Pelancaran itu bakal menandakan Rolls -Royce akan menjadi jenama elektrik sahaja menjelang tahun 2030 nanti.
Bercakap mengenai Spectre, beliau berkata, Spectre bukanlah kereta elektrik pertama untuk pelanggan mereka.
Ini kerana rata-rata pelanggan sudah pun memasang pengecasan di rumah mereka.
Apapun, Rolls-Royce sedang meneliti aspek pembangunan infrastruktur pengisian hidrogen dan sejauh mana kebolehlaksanaan tenaga pendorong hidrogen pada masa akan datang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat