Pasal Pelancaran Innova Zenix, UMW Toyota Kunci Mulut

Sudah timbul spekulasi di semua portal berita automotif tempatan bahawa Toyota Innova Zenix 2023 akan dilancarkan secara rasminya pada 21 Jun ini.
Apapun, kita tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada tuan badannya pada hari esok.

Jika anda masih ingat, Caricarz.com ada mendedahkan berita mengenai sebuah treler membawa enam unit Toyota Innova Zenix 2023 namun lokasinya tidak didedahkan.
Melihat kepada foto-foto itu, spesifikasi Toyota Innova Zenix kemungkinan hadir dalam versi petrol penuh dan juga hibrid.
Ini kerana di Indonesia, ia turut hadir dalam kedua-dua versi.
Untuk makluman anda, Toyota Innova Zenix generasi ketiga yang lebih dikenali sebagai Toyota Kijang Innova Zenix telah pun membuat penampilan sulungnya di pasaran Indonesia pada tahun lepas.
MPV tujuh tempat duduk ini telah diolah dengan begitu baik sekali sehingga ia kelihatan seolah-olah seperti SUV.

Bagi versi petrol, ia disumbat dengan enjin M20A-FKS 2.0 liter empat-silinder dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 174 PS dan tork 205 Nm.
Sementara itu, versi hibrid pula digandingkan dengan enjin Dynamic Force 2.0 liter. Ia mampu menjana kuasa 152 PS dan tork maksimum 187 Nm.

Toyota Innova Zenix serba baharu yang diperkenalkan di Indonesia juga menampilkan kabin serba baharu dengan konfigurasi tempat duduk 3 baris, yang menawarkan tujuh atau lapan tempat duduk.
Malah bergantung kepada varian, ia turut didatangkan dengan skrin sentuh infotainmen terapung serta panel paparan instrumen digital.
Terdapat juga bumbung kaca panoramik, skrin hiburan belakang bersaiz 10 inci, serta sistem arahan suara dan pintu belakang berkuasa.
Apapun, semua ini adalah ciri Toyota Innova Zenix di Indonesia.
Butiran lanjut mengenai Toyota Innova Zenix di Malaysia masih belum diketahui memandangkan UMW Toyota masih berkunci mulut.
Apapun kita pengumuman rasmi UMW Toyota Rabu nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.
10-02-2026
UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT
Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.
01-05-2025
Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000
Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).
29-04-2025
Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan
UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.
18-04-2025
Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid
Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.
23-12-2024
Berita Terkini
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat