Ramai Betul Minat Proton X90

Walaupun Proton X90 baru dilancarkan pada Mei lalu namun PERUSAHAAN Otomobil Nasional (Proton) mengesahkan pihaknya telah menerima hampir 5,000 unit tempahan setakat ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Abdullah berkata, sambutan yang diterima cukup menggalakkan.

Buat masa ini, pihaknya telah menyerahkan 500 unit proton X90 kepada pelanggan.
"Kami menjangkakan penghantaran kepada pelanggan akan bertambah pada Julai nanti dan tempoh menunggu kini juga adalah kurang daripada enam bulan untuk mendapatkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D ini,”katanya.
Beliau berkata media pada majlis perasmian Pusat Pengalaman Digital Proton DX, baru-baru ini.

SUV tiga tempat duduk yang diletakkan lebih tinggi selepas X70 ini ditawarkan pada harga yang bermula dari RM123,800, harga atas jalan, tanpa insurans.

Terdapat empat varian dan ia dibina berdasarkan Geely Haoyue/Okavango.
Malah, kesemua varian dikuasakan oleh enjin yang sama iaitu enjin 3 silinder berpengecas turbo 1.5L dengan sistem suntikan bahan api terus yang digabungkan dengan sistem hibrid ringan 48V (MHEV) serta unit Belt-Driven Starter Generator (BSG).

Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 187 hp/300 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui sistem transmisi dwi-klac basah tujuh-kelajuan.

Difahamkan, Varian Flagship Proton X90 adalah pilihan utama pembeli.
Barisan X90 dikatakan akan menambahkan lagi sasaran jualan Proton pada tahun ini melebihi yang dicatatkan pada tahun lalu iaitu 141,432 unit.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat