Sempena Ulang Tahun Ke-20, BMW Tawar Macam-Macam

BMW Group Malaysia menawarkan program menarik buat pemilik kenderaan elektrik dan pelanggan korporat di negara ini sempena ulang tahun BMW yang ke-20.

Untuk makluman anda, program itu menawarkan nilai yang hebat serta insentif yang eksklusif buat para pelanggan yang membeli kenderaan BMW sepanjang bulan ini.
Antara program yang ditawarkan ialah:
• Pakej Pengecasan Tanpa Had 1 Tahun dengan Keahlian JomCharge: Pakej ini ditawarkan buat 300 pelanggan yang terawal, dimana mereka boleh menikmati kemudahan pengecasan tanpa had selama satu tahun.
• Program BMW i Wallbox: Ia hadir dengan khidmat pemasangan percuma bagi pelanggan BEV yang sedang mencari solusi pengecasan di rumah. Tawaran ini disediakan secara eksklusif pada bulan Jun 2023 dimana ia bertujuan untuk menawarkan keupayaan pengecasan yang mudah di kediaman pengguna.


Selain itu, BMW Group Financial Services Malaysia telah mengumumkan tiga pilihan pembiayaan yang istimewa bagi kenderaan-kenderaan BMW yang terpilih untuk tahun 2023.
Para pelanggan layak menikmati opsyen-opsyen yang berikut dengan pembelian yang dibuat seperti dibawah:
• Opsyen A: Kadar Faedah ‘Straight Line’ sehingga 2.08% untuk pinjaman selama tiga hingga lima tahun bagi pembelian BMW 218i GC M Sport, BMW 530e M Sport, BMW 530i M Sport, BMW X3 sDrive20i M Sport, BMW X3 xDrive30e M Sport, BMW X3 xDrive30i M Sport, BMW X4 xDrive30i M Sport dan BMW X5 xDrive45e M Sport dengan Laserlight.
• Opsyen B: Kempen Rebat Tunai BMW Easy Drive menawarkan pulangan sehingga RM 10,000 bagi pembelian mana-mana model kenderaan tahun 2023, tidak termasuk BMW 750e xDrive Pure Excellence, BMW XM, BMW XM Label Red dan BMW iX M60.
• Opsyen C: Kempen BMW Special Easy Drive membolehkan pelanggan yang ingin membeli model-model elektrik BMW yang terpilih menikmati ansuran bulanan yang rendah bermula daripada RM3,999.00 sebulan. Model-model elektrik BMW tersebut meliputi BMW iX xDrive 40, BMW iX xDrive 40 Sport, BMW iX xDrive 50 Sport dan BMW i4 eDrive40 M Sport.


Di sebalik tawaran ini untuk para pelanggan di Malaysia, pengeluar kenderaan premium ini juga telah menyediakan lebih daripada 1,000 buah fasiliti pengecasan setakat ini.
Bagi menghargai pelanggan korporatnya pula, BMW Group Malaysia turut memperkenalkan Program Korporat yang hanya ditawarkan untuk model-model BMW iX xDrive40, BMW iX xDrive50, dan BMW i4 eDrive40.
Program ini hanya ditawarkan secara eksklusif pada bulan Jun 2023.
Kempen tersebut menawarkan kepada semua pelanggan korporat BMW, termasuk rakan Servis Kewangan berdaftar serta badan kerajaan dan antarabangsa sebuah faedah yang unik dan juga insentif yang menarik dalam usaha untuk menyuburkan arena mobiliti lestari melalui barisan kenderaan berelektrik BMW.
Sepanjang bulan Jun, pelanggan-pelanggan korporat dapat menikmati pelbagai tawaran menarik bagi jentera BMW iX xDrive40, BMW iX xDrive40 Sport, dan BMW iX xDrive50 Sport serta Diskaun 4% bagi BMW i4 eDrive40 M Sport.

Di samping itu, para pelanggan korporat juga dapat menikmati Pakej Pengecasan Tanpa Had 1 Tahun JomCharge, Pakej BMW i Wallbox serta Bantuan Pemasangan Wallbox bagi kesemua model yang dinyatakan tadi.
Di bawah Servis Kewangan, para pelanggan korporat boleh menikmati Kadar Faedah ‘Straight Line’ sehingga 2.08% untuk pinjaman bertempoh tiga hingga lima tahun bagi pembelian BMW X3 sDrive20i M Sport, BMW X3 xDrive30e M Sport, BMW X3 xDrive30i M Sport, dan BMW X4 xDrive30i M Sport.

Terdapat juga tawaran Rebat Tunai BMW Easy Drive bagi semua model tahun 2023 kecuali BMW 630i GT LCI dan BMW X7 xDrive40i LCI.
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia
Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.
21-07-2026
Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya
BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.
16-01-2026
BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai
BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).
16-01-2026
Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).
04-07-2025
Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800
BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.
25-06-2025
BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800
BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.
20-06-2025
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800
Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.
13-06-2025
Ini Yang Menarik Di MY BMW World 2025 – Mula Esok, 13 Hingga 15 Jun
Setelah sedekad berlalu sejak pertama kali dianjurkan, MY BMW World kini kembali menghangatkan dunia automotif tempatan bagi tahun 2025.
12-06-2025
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge