Tak Lama Lagi M'sia Pun Dapatlah Tu, Mazda CX-60

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mazda CX-60 telah membuat penampilan sulungnya di pasaran ASEAN pada awal minggu ini dimana Filipina menjadi pasaran serantau yang pertama menerima SUV bersaiz sederhana premium ini.
Untuk makluman anda, Bermaz Auto Filipina telah membawa masuk dua varian CX -60 ke negara itu.
Terdapat varian petrol dan diesel dimana kedua-duanya dikuasakan dengan tetapan hibrid ringan (MHEV) dan kotak gear automatik 8-kelajuan.

SUV diesel ini yang diimport sepenuhnya dari Jepun digandingkan dengan e-Skyactiv-D pengecas turbo 3.3 liter 6 silinder yang berfungsi seiring dengan sistem MHEV 48 volt.
Ia menjana kuasa setakat 251 hp dan 550 Nm dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 7.3 saat.
Sementara itu bagi varian yang menggunakan petrol, ia juga dikuasakan dengan enjin e-Skyactiv-G pengecas turbo 3.3 liter 6 silinder selain digabungkan dengan sistem MHEV yang sama seperti yang terdapat dalam varian diesel.
Bagi varian petrol pula, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 280 hp dan tork 450Nm serta mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 6.9 saat iaitu 0.4 saat lebih pantas daripada kembar dieselnya.
CX-60 juga dilengkapi dengan pemasangan double wishbone hadapan, manakala gandar belakang mendapat persediaan multi-link suspensi.

Dari segi penampilan, CX-60 Filipina kelihatan hampir sama dengan rakan sejawatannya di Eropah, kerana ia masih menampilkan rekaan signatur Kodo yang menjadi falsafah rekaan pengeluar dari Jepun itu.
Terdapat gril hadapan hitam berkilat yang besar serta diapit oleh lampu depan LED.


Lampu belakangnya juga menerima lampu LED, manakala terdapat empat ekzos sekali gus membuatkan SUV ini kelihatan lebih sporty.
Dari sisi, anda boleh melihat CX-60 memakai lambang yang dipasang pada fender hadapan yang menandakan kiraan silinder enjin ('sebaris 6'), serta siluet SUV segi empat sama dan kotak biasa.


Selain itu, CX-60 dipasang dengan roda aloi aluminium bersaiz 20-inci yang menampilkan reka bentuk bilah berkembar dengan lima jejari.
Menjengah bahagian dalamannya pula, CX-60 dilengkapi dengan reka bentuk kabin yang cukup mewah kerana menampilkan pelbagai jenis bahan premium.


Terdapat tiga skrin iaitu paparan infotainmen tengah bersaiz 12.3 inci yang menawarkan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.
Dua lagi skrin yang dimaksudkan instrumen digital bersaiz 12.3 inci dan Paparan Head-Up (HUD) bersaiz 10.4 inci.
Menyentuh mengenai tempat duduk hadapannya pula, ia didatangkan dengan fungsi pengudaraan, seperti yang ditunjukkan oleh upholsteri kulit berlubang.

CX-60 ini juga masih dilengkapi dengandail fizikal yang mudah dicapai manakala kawalan untuk paparan infotainmennya diletakkan di konsol tengah berhampiran tuil gear.
Lebih menarik, ruang butnya seluas 570 liter membuatkan ia adalah antara yang terbesar berbanding model Mazda yang lain.

Bagi ciri-ciri keselamatan pula, ia hadir dengan sistem ADAS yang lengkap, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Perlepasan Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Trafik Lintas Depan (FCTA) dan sebenarnya ada banyak lagi.
Di Filipina, varian petrol dijual pada harga RM230,336 manakala varian CX-60 Turbo-D Sport pula berharga juta RM238,592.
Di sebalik pelancarannya di ASEAN, ia kini menimbulkan persoalan bilakah SUV mewah ini akan membuat penampilan pertamanya di Malaysia?

Buat masa ini, CX-60 kini boleh didapati di beberapa pasaran pemanduan kanan (RHD), terutamanya di UK dan Jepun.
Apakah pula pendapat anda tentang Mazda CX-60?
Adakah anda mahu melihat Bermaz Auto menambah SUV mewah ini ke dalam barisan tempatannya?
Tinggalkan komen anda di bawah ruangan komen ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bermaz Auto Kini Pengedar Rasmi EV China, XPeng
Bermaz Auto Bhd (BAuto) mengumumkan bahawa syarikatnya telah dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik (EV) jenama XPeng di Malaysia
15-03-2024
Diserap Masuk Mazda, Kia, Peugeot! Bermaz Auto Rai 159 Graduan Program Perantis
Seramai 159 pelajar Program Perantisan Bermaz Auto Berhad telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang.
09-10-2023
[PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama
Ini pandangan jujur kami tentang Peugeot 3008 dan 5008.
13-03-2023
Baru Dilancarkan Semalam, Mazda CX-30 Versi CKD Terima 1,000 Tempahan
Mazda CX-30 versi CKD yang dilancarkan semalam telah mencecah 1,000 tempahan.
09-03-2023
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000
Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.
03-09-2025
Teaser Mazda CX-80 Disiarkan – Tiba Di Pasaran Malaysia Dalam Masa Terdekat?
Selepas dipertontonkan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Mazda CX-60 dan CX-80 nampaknya bakal tiba di negara kita secara rasmi.
25-08-2025
Spesifikasi Mazda CX-60 Untuk Pasaran Malaysia Bocor Sebelum Pelancaran
Spesifikasi SUV premium Mazda CX-60 untuk pasaran Malaysia kini tersebar di media sosial selepas seorang pengedar membocorkan maklumat tersebut melalui Facebook.
11-06-2025
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
