Toyota Bangunkan Transmisi Manual Untuk EV, Biar Betul?

Transmisi manual selalunya digunakan pada model prestasi, seperti Toyota GR
Toyota dilaporkan sedang membangunkan transmisi manual palsu yang memberikan pengalaman seperti menggunakan transmisi manual pada kenderaan elektrik (EV). Ini adalah ciri tambahan yang direka khas untuk mereka yang menyukai ‘aktiviti’ penukaran gear pada kereta enjin pembakaran (ICE).
Toyota, yang sebelum ini bersikap skeptikal terhadap kereta elektrik, kini lebih agresif dalam usaha membangunkan EV. Ciri seperti ini dapat membantu menarik perhatian orang ramai yang masih tidak ingin beralih kepada EV.

EV keluaran Toyota, bZ4X
Transmisi manual pada kenderaan ICE biasanya ditawarkan kepada kereta prestasi atau dalam sesetengah kes, kereta murah. Sistem transmisi ini memerlukan pemandu menekan pedal klac dan menggerakkan tuil untuk memilih gear.


Gear dan pedal dalam Toyota bZ4X
Berbeza dengan EV, ia hanya mempunyai satu transmisi berkelajuan kerana motor elektrik yang berputar dengan pantas tidak memerlukan bantuan daripada perbandingan gear yang berbeza pada kelajuan yang berbeza.
Dalam kes Toyota, berdasarkan permohonan paten yang dibuat di Amerika Syarikat pada hujung Mei lalu, EV yang terlibat dalam projek ini tidak mempunyai transmisi berkelajuan sebenar. Sebaliknya, pemandu dapat menggunakan tuil yang disambungkan kepada sensor dan komputer yang diprogram untuk meniru ‘suasana’ menggunakan transmisi manual. Untuk melengkapkan pengalaman itu, terdapat pedal klac selain daripada pedal brek dan pedal minyak biasa.


Baru-baru ini Perodua telah melancarkan Axia versi manual, tawaran termurah syarikat tersebut untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan supaya dapat memiliki kereta baharu
Pemandu bahkan dapat "menurunkan gear," proses yang juga dikenali sebagai engine braking. Ini berlaku apabila pemandu memilih gear yang lebih rendah dan melepaskan pedal klac tanpa menekan pedal gas sama sekali. Kemudian, geseran daripada enjin yang tidak berkuasa akan memperlambat kereta tanpa pemandu perlu menggunakan brek.

EV dengan transmisi manual, mungkin bakal jadi kenyataan tidak lama lagi
Jika pemandu tidak ingin menggunakan transmisi manual palsu, mereka tidak perlu melakukannya. Kereta akan mempunyai dua mode pemanduan, iaitu mod EV biasa dan mod transmisi manual palsu.
Beberapa laporan mengenai teknologi ini menyebutkan bahawa akan ada bunyi enjin palsu apabila gear ditukar atau pedal minyak ditekan, namun perkara ini tidak dinyakan di dalam paten.
Buat masa ini, masih belum jelas sekiranya EV dengan tranmisi manual palsu akan dijual atau dikeluarkan.
Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:
Baca: Toyota Tidak Mahu Ketinggalan Dalam Pembangunan EV, Ini Rancangan Syarikat...
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit
Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.
03-02-2026
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.
23-01-2026
Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia
Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.
22-01-2026
Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut
Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.
21-01-2026
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat