AAPICO Labur RM140 Juta Untuk Hasilkan Komponen Kereta PROTON

Menyentuh mengenai pelaburan itu, sebanyak RM40 juta akan digunakan untuk kemudahan seluas 8.09 hektar milik AVE Global bagi memenuhi permintaan terhadap kenderaan PROTON.
Sementara itu, pelaburan RM100 juta lagi dalam perancangan untuk tahun 2024 bagi meluaskan kilang dan pembelian mesin pengeluaran.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, menerusi usaha sama itu, ia membantu pihaknya mengoptimumkan kos, kecekapan dan kualiti lebih baik dalam pengeluaran kereta PROTON.
“Seiring dengan pengeluaran yang semakin meningkat, kami akan terus berusaha untuk memastikan produk kami standing dengan pesaing dari segi ciri-ciri serta kualiti,” katanya pada sidang media selepas pengumuman usaha sama, sebentar tadi.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Duta Thailand Ke Malaysia, Lada Phumas; Pengerusi Aapico, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengerusi PROTON, Tan Sri Syed Faisal Albar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Aapico Hitech Public Company Limited, Yeap Swee Chuan pula berkata, pihaknya sudah bersedia untuk menembusi pasaran Malaysia.
“Kami berhasrat untuk membawakan kepakaran dan teknologi pembuatan dalam usaha sama ini dengan menyediakan alat ganti kepada PROTON serta menyokong pelan perkembangan mereka di pasaran tempatan dan eksport.
"Kemudahan pembuatan sedia ada akan meningkatkan jumlah pengeluarannya dengan produk baharu yang kini dalam perancangan," katanya.

Menerusi kerjasama berkenaan, Aapico akan memegang saham 60 peratus AVE Global daripada Proton, dan 40 peratus dimiliki Proton dalam syarikat yang akan dinamakan semula sebagai Aapico Avee Sdn Bhd.
Mengulas lanjut mengenai usaha sama itu, Swee Chuan berkata, pihaknya memiliki pengalaman dan kepakaran yang cukup luas.
Maka, pihaknya akan menguruskan operasi dan memperkenalkan penggunaan teknologi baharu untuk mengeluarkan alat ganti yang lebih berkualiti, menambah baik pengeluaran dan menjimatkan kos.
"Perkembangan di masa hadapan itu juga akan menyaksikan pembangunan modal insan dengan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan sambil menarik pekerja berkemahiran tinggi ke negara ini," katanya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat