Ada Kereta Uzur, Nak Lupus? Cari MPAJ

Sebuah kereta yang mahu dilupuskan. - Gambar hiasan.
Anda memiliki kereta lama yang sudah tidak digunakan? Jika ya, anda boleh menyerahkan kenderaan anda untuk dilupuskan secara sukarela kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Ini kerana Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ada mewujudkan Pusat Sehenti Kenderaan Terbiar yang bertujuan untuk memudahkan orang ramai melupuskan kenderaan mereka tanpa mengeluarkan sebarang bayaran untuk berbuat demikian.
Antara kenderaan yang boleh dilupuskan selain kereta ialah motosikal, dan basikal.
Perkara itu dimaklumkan sendiri Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad.

ANI AHMAD.
MPAJ merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang melaksanakan usaha sebegini.
“Perkara ini juga akan membantu mewujudkan persekitaran kawasan Ampang Jaya ke arah lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mesyuarat penuh MPAJ.
Bagi yang tidak tahu, sebelum ini proses pengurusan pelupusan terpaksa ambil masa enam hingga 12 bulan.
Namun apa yang menarik, dengan adanya pusat sehenti itu ia mempercepatkan lagi proses iaitu antara dua hingga empat bulan sahaja.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada pihak MPAJ akan menerima kereta dari luar pentadbiran seliaannya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ani berkata, proses melupuskan kenderaan itu cukup mudah.
Si pemilik kereta hanya perlu memaklumkan perkara itu kepada MPAJ dan selebihnya ia akan diuruskan pihak berkuasa tempatan berkenaan.
“Permohonan akan diproses dalam masa 48 jam,” tambahnya.

Nampaknya, inisiatif yang diambil MPAJ ini sekurang-kurangnya dapat menangani masalah isu lambakan kenderaan motor yang tidak lagi sesuai digunakan atas jalan raya sama ada dari aspek road-worthiness (layak dipandu) atau keselamatan penggunaannya serta dari aspek pencemaran kepada alam sekitar.
Tetapi apa pula pandangan anda? Kongsikan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Simpan Cepat Kereta Lama Anda Sebelum Ditunda DBKL!
DBK kini sedang giat menjalankan operasi tunda kereta lama yang tersadai di beberapa lokasi awam,.
25-07-2024
Kos Sara Hidup Tinggi, Tak Jadi Hapuskan Kereta Lama
Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan dasar bagi menamatkan hayat kenderaan lama.
24-10-2023
[FOTO] Gara-Gara GPS, Sindiket Curi Kereta Lama Untuk Jual Komponen Tumpas
Seorang lelaki tempatan dan dua lagi individu lain berjaya diberkas oleh pihak polis kerana terlibat dalam sindiket curi model kenderaan lama.
10-02-2023
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat