- Berita
- Berita Auto
- DRB-HICOM & Geely Sasar Tarik Pelaburan RM32 Bilion Bagi Projek Lembah Automotif Berteknologi Tinggi
DRB-HICOM & Geely Sasar Tarik Pelaburan RM32 Bilion Bagi Projek Lembah Automotif Berteknologi Tinggi
![]()
Konvensyen Pelabur & Vendor Global 2023 yang diadakan hari ini di Kuala Lumpur
PROTON telah menganjurkan Konvensyen Pelabur & Vendor Global 2023 hari ini di Kuala Lumpur, yang telah berjaya menarik lebih 200 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, pengurusan DRB-HICOM, Geely, dan PROTON, serta vendor tempatan dan luar negara dari China. Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berucap semasa Konvensyen Pelabur & Vendor Global 2023
Konvensyen tersebut diadakan sebagai platform kepada pelabur luar negara untuk bertemu dengan agensi kerajaan dan rakan kongsi tempatan. Selain itu, kemajuan terkini projek Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim, insentif kerajaan, dan peluang perniagaan di AHTV turut didedahkan.
Sebaik direalisasikan sepenuhnya, AHTV dijangka menjadi pusat penyelidikan automotif yang diiktiraf di peringkat global yang membangunkan komponen automotif berteknologi tinggi.
Universiti penyelidikan juga akan ditubuhkan bagi melahirkan lebih ramai pekerja automotif yang mahir, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju dalam pendidikan automotif, teknologi maklumat, kecerdasan buatan, dan pembangunan perisian.

Untuk makluman, DRB-HICOM dan Geely telah menandatangani perjanjian pada 1 April lalu untuk membangunkan AHTV di Tanjung Malim, sebagai langkah untuk membina hab masa depan Malaysia bagi Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV).
Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM dan Pengerusi PROTON, Syed Faisal Albar berkata, "Konvensyen Pelabur & Vendor Global 2023 adalah salah satu usaha DRB-HICOM dan Geely untuk menarik pelaburan luar negara ke AHTV dan negara, dan bersama-sama kami menvasarkan untuk menarik kira-kira RM32 bilion pelaburan bagi projek ini, termasuk apa yang telah diperuntukkan oleh PROTON.

“Apabila peralihan kepada Kenderaan Tenaga Baharu semakin pantas, AHTV akan menerima perubahan landskap automotif dengan menawarkan ekosistem bersepadu yang akan membantu sektor automotif Malaysia selaras dengan hala tuju Dasar Automotif Negara ("NAP") 2020, yang akan memastikan negara terus bersemangat seperti negara- negara jirannya.”
PROTON, yang telah menguruskan pengeluaran di Tanjung Malim selama 20 tahun, berpotensi mendapatkan manfaat daripada pembangunan AHTV dengan memanfaatkan pembekal teknologi tinggi di kawasan tersebut. Pemindahan sepenuhnya kemudahan pengeluaran, penyelidikan, dan rekabentuk ke AHTV menjelang tahun 2026 juga akan memberikan faedah kepada kawasan sekitar.

Mengulas mengenai tanggungjawab Proton dalam kerjasama ini, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong mengatakan bahawa AHTV menjadi hab NGV serantau, tetapi PROTON tetap memiliki kehadiran besar sebagai pemilik projek bersama DRB-HICOM dan Geely. PROTON akan terus menarik pelabur luar negara, menjalankan aktiviti R&D di AHTV, mengembangkan tawaran, dan mencipta peluang pekerjaan untuk mencapai matlamat jangka panjang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge